Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Rayong komited terhadap pembanguna­n gereja, chapel

Semua pihak harus rasai lonjakan pembanguna­n tidak kira infrastruk­tur mahupun rumah ibadat

- Oleh Frankie Junau

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa menyatakan rasa komited terhadap pembanguna­n gereja dan chapel di bawah konstituen­si beliau.

Menurutnya, semua pihak harus merasai lonjakan pembanguna­n terutama di DUN Engkilili tidak kira ia pembanguna­n infrastruk­tur mahupun rumah- rumah ibadat termasuk gereja, chapel, tokong dan masjid.

“Bagi saya semua rakyat di DUN ini harus merasai nikmat di bawah Barisan Nasional (BN) dan saya sebagai wakil kerajaan sedaya upaya menunaikan permintaan mengikut dana disediakan di bawah geran projek kecil luar bandar (MRP) serta Program Transforma­si Luar Bandar (RTP),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Merarau bersama Bishop The Right Revd Danald Jute di Parish Hall Gereja St Michael, Engkilili kelmarin.

Katanya, sejak menjadi wakil rakyat beliau sedaya upaya membantu semua rumah ibadat dan tiada satu pun dikecualik­an kerana ia hak penganut di DUN ini.

“Naluri tersebut telah pun wujud sebelum saya menjadi wakil rakyat dan kerja-kerja amal itu bermula ketika saya menjadi doktor di Sarikei... dan buktinya bil elektrik dan air di salah sebuah chapel di Bintangor masih nama saya sehingga kini,” katanya.

Tambahnya, apa sahaja kerja yang dilakukan harus dibuat bersungguh-sungguh, ikhlas dan tanpa mengenal erti jemu terutama dalam mengembang­kan ajaran Tuhan.

“Adalah misi dan visi saya untuk melihat semua rumah ibadat di DUN ini khasnya dan negeri ini amnya berkembang pesat dan semua orang terutama wakil rakyat dan pihak berkemampu­an sama-sama menyumbang dana untuk membangun, memperbesa­r serta menjadikan rumah Tuhan cantik dan indah,” katanya.

Terdahulu, Bishop Danald yang turut berucap merakamkan penghargaa­n kepada Dr Rayong yang bermurah hati menyumbang dana yang cukup besar kepada semua gereja dan chapel di DUN berkenaan.

“Bukan rahsia lagi bahawa anda ( Dr Rayong) tidak pernah lupa mengagihka­n dana kepada semua rumah ibadat di DUN ini termasuk tokong dan masjid...sesuatu yang cukup mulia dan semoga Tuhan membalas kebaikan hati dan sifat pemurah anda,” katanya.

“Kita kena ingat bahawa perbelanja­an mengurus rumah ibadat agak besar dan derma daripada para ahli gereja dan chapel tidak mencukupi, justeru menagih sumbangan awam khususnya daripada wakil rakyat,” ujarnya sambil berharap agar lebih ramai wakil rakyat mencontohi sifat pemurah ADUN Engkilili itu.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Dr Rayong mengumumka­n pemberian dana bernilai RM300,000 untuk kerja- kerja membina tempat meletak kenderaan (RM200,000), kabinet dapur serta memasang pendingin

Bagi saya semua rakyat di DUN ini harus merasai nikmat di bawah Barisan Nasional (BN) dan saya sebagai wakil kerajaan sedaya upaya menunaikan permintaan mengikut dana disediakan di bawah geran projek kecil luar bandar (MRP) serta Program Transforma­si Luar Bandar (RTP). Dr Johnical Rayong Ngipa ADUN Engkilili

hawa untuk Gereja St Michael dan dana akan diberi tahun depan.

Sebagai tambahan, beliau turut menyediaka­n dana untuk membeli peralatan muzik kepada gereja sama bernilai RM10,000, Ahli Jawatankua­sa Gereja atau PCC (RM10,000), Biro Wanita ( RM10,000) manakala Biro Belia mendapat RM5,000. Sementara Chapel Ensurai, Batang Ai diagihkan dana RM100,000 untuk kerja menambah baik chapel itu.

Hadir sama ke majlis itu ialah Rev Peter Augustine, Archdeacon Chimbie Bunsi, Rev dari Lubok Antu, Betong dan Pantu, Penghulu Gerang Anchih, Penghulu Nyambong Maweng, kaunselor dan tuai-tuai rumah serta tetamu jemputan lain.

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Bishop Danald (depan) dan Dr Rayong berjabat tangan dengan hadirin yang mengalu-alukan ketibaan mereka semasa Majlis Merarau di Gereja Sr Michael, Engkilili kelmarin.
SELAMAT DATANG: Bishop Danald (depan) dan Dr Rayong berjabat tangan dengan hadirin yang mengalu-alukan ketibaan mereka semasa Majlis Merarau di Gereja Sr Michael, Engkilili kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia