Utusan Borneo (Sarawak)

SK Limbang antara sekolah lahir pelajar cemerlang

-

LIMBANG: Sekolah Kebangsaan (SK) Limbang antara sekolah terbaik di daerah ini yang berjaya menyahut seruan kerajaan mendidik sekali gus melahirkan generasi muda berjaya dalam bidang pendidikan.

Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri berkata sebagai buktinya SK Limbang pernah melakar nama dalam bidang akademik, luar kelas dan kokurikulu­m di peringkat negeri dan kebangsaan.

Beliau mahu sekolah itu terus melaksana pelbagai program akademik, kokurikulu­m dan aktiviti luar yang mampu melahirkan generasi cemerlang.

“SK Limbang banyak menyahut seruan kerajaan dalam usaha melahir pelajar cemerlang selepas sekolah itu berjaya melakar pelbagai kejayaan bukan sahaja akademik malah kokurikulu­m,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Beradab di Dewan SK Limbang malam kelmarin.

Turut hadir Guru Besar SK Limbang Kartini Hasbollah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Suraya Habibollah, Yang Dipertua PIBG SK Limbang Siti Mariam Salleh dan warga SK Limbang.

Antara kejayaan pernah dicipta sekolah itu ialah Pertanding­an Kemerdekaa­n Peringkat Negeri, Konvensyen Doktor Muda Peringkat Negeri, Pertanding­an Inovasi Peringkat Negeri, Olaharaga Peringkat Negeri, NILAM Peringkat Negeri, Pertanding­an Bercerita Peringkat Negeri, Doktor Muda Pingat Emas Peringkat Kebangsaan dan pelbagai pencapaian membanggak­an lain.

Terdahulu Kartini berkata majlis itu merupakan salah satu program kebitaraan yang dianjurkan dua kali setahun di SK Limbang.

Jelasnya program itu sentiasa diberi kelainan dengan menampilka­n tema berlainan setiap tahun.

“Kita berharap program ini akan dapat diteruskan dalam usaha melahirkan insan beradab, berdisipli­n dan menghargai persekitar­an selain pendidikan formal lain,” katanya pada majlis itu.

Beliau menjelaska­n program tersebut bertujuan mendidik murid luar bilik darjah dan pelbagai protokol khususnya cara berjalan pada majlis permaidani merah.

Katanya program itu sejajar dengan pendekatan pengajaran berbeza yang diamalkan SK Limbang tetapi memberi impak iaitu pada masa sama mendidik mereka etika makan pada majlis rasmi dan adab lain.

 ??  ?? ALA BOLLYWOOD: Jamalie (lima kiri) bersama Siti Mariam (dua kiri), Kartini, Suraya (tiga kanan) dan tetamu lain pada Majlis Makan Malam Beradab SK Limbang malam kelmarin.
ALA BOLLYWOOD: Jamalie (lima kiri) bersama Siti Mariam (dua kiri), Kartini, Suraya (tiga kanan) dan tetamu lain pada Majlis Makan Malam Beradab SK Limbang malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia