Utusan Borneo (Sarawak)

Ceramah kesedaran pengurusan produk mesra alam cara biodegrada­si

-

KAPIT: Majlis Daerah Kapit ( MDK) dengan kerjasama ACG Green Tech Sdn Bhd menganjurk­an ceramah kesedaran beg plastik dengan cara biodegrada­si termasuk produk mesra alam di Dewan Masyarakat Melayu Kampung Muhibbah kelmarin.

Majlis perasmian disempurna­kan Wali Kota MDK Philimon Nuing mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat.

Dalam ucapannya, Philimon berkata program berkenaan merupakan salah satu daripada inisiatif majlis mewujudkan kesedaran persekitar­an yang bersih, sihat dan selamat.

Beliau menyeru kepada peserta dan masyarakat supaya menyahut seruan kerajaan supaya tidak lagi menggunaka­n beg plastik dan styrofoam demi kelestaria­n alam sekitar.

“Pihak majlis memulakan program kesedaaran alam sekitar sejak tahun 1996 menerusi kempen kebersihan kawasan luar rumah. Program ceramah merupakan usaha berterusan majlis mewujudkan kesedaran kepentinga­n melindungi dan memelihara alam sekitar,” ujarnya.

Katanya, pihak majlis juga telah memulakan kempen alam sekitar melalui projek 3R (Reuse, Reduce, Recycle).

“Program 3R tersebut melibatkan penyertaan beberapa sekolah rendah di daerah ini iaitu SK Kampung Baru, SK Methodist, SJK (C) Hock Lam dan Gereja St Mary Immaculate Conception,” jelasnya.

Sesi ceramah telah disertai pengendali premis makanan, peruncit dan penjaja. Ceramah telah dikendalik­an oleh Christina Nawi daripada ACG Green Tech Sdn Bhd.

Hadir sama Timbalan Wali Kota MDK Lawrence Listin Baling, Pengarah ACG Green Tech Sdn Bhd Chelok Empajang, Pengurus Cawangan Jualan ACG Green Tech Sdn Bhd Bibyana Chelok, Pengurus Jualan ACG Green Tech Sdn Bhd Albert Bigam dan penyelaras program yang juga Penolong Pegawai Kesihatan Alam Sekitar MDK Favian Masing Lintang.

 ??  ?? MESRA ALAM: Demonstras­i beg plastik biodegrada­si dan produk mesra alam pada ceramah kesedaran anjuran MDK dengan kerjasama ACG Green Tech Sdn Bhd.
MESRA ALAM: Demonstras­i beg plastik biodegrada­si dan produk mesra alam pada ceramah kesedaran anjuran MDK dengan kerjasama ACG Green Tech Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia