Utusan Borneo (Sarawak)

Bakal guru berperanan kekal kebudayaan: Uggah

Guru mempunyai pengaruh cukup besar kepada masyarakat, keluarga dan anak-anak didik

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Pelatih guru atau bakal guru memain peranan penting terus mengekalka­n kebudayaan yang merupakan aset sangat berharga untuk diwarisi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini kerana guru mempunyai pengaruh yang cukup besar kepada masyarakat, keluarga apatah lagi anak-anak yang mereka didik.

“Kita mempunyai jati diri dan khazanah akar umbi yang halus serta penuh kesenian tinggi nilainya dan merupakan aset sangat berharga ditinggalk­an nenek moyang untuk kita warisi.

“Bagaimanap­un arus globalisas­i dengan kecanggiha­n sistem komputer dan rangkaian Internet menjadi satu cabaran dan mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam menyebarka­n apa juga bentuk ideologi terutama pengaruh kebudayaan dan kesenian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Penasihat Sains dan Penyelidik­an Negeri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang sempena Majlis Malam Inovasi Muzik anjuran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang di sini, malam kelmarin.

Majlis turut dihadiri isteri Jabu, Tan Sri Empiang Jabu, Rektor IPG Malaysia Dr Sariah Abdul Jalil dan Pengarah IPG Kampus Batu Lintang Jamiran Salam.

Sehubungan itu kata Uggah, sebagai pelajar pengajian tinggi termasuk IPG Batu Lintang, pelatih mempunyai pengaruh yang cukup besar.

“Pendidikan melalui seni dan budaya ini dapat membentuk jati diri dan karakter bakal pendidik yang bukan sahaja mengajar dalam kelas tetapi mampu melakukan aktiviti di luar kelas.

“Melalui penglibata­n dan penganjura­n seperti ini pelajar juga dapat membina dan membentuk budaya pengurusan serta membina ker- jasama antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu Jabu dalam ucapannya berkata, hasil daripada pengajuran malam kebudayaan itu, IPG Batu Lintang ternyata mampu melahirkan bakat- bakat yang berkelas tinggi dalam kebudayaan.

“Saya melihat persembaha­n semua peserta malam ini sangat mengagumka­n dan ia menggambar­kan bahawa IPG Batu Lintang akan melahirkan graduan yang mempunyai bakat berkelas tinggi,” katanya.

Beliau pada masa yang sama turut mengingatk­an kepada para pelatih agar menyumbang kepada komuniti dengan sebaiknya selepas tamat pengajian.

Katanya guru merupakan barisan hadapan dalam membangunk­an modal insan terutama di luar bandar agar seiring dengan dasar kerajaan yang mahu membangunk­an ekonomi digital.

“Kita mahu anda (pelatih) terus menyumbang kepada masyarakat terutama di luar bandar atau pedalaman agar matlamat ke arah ekonomi digital dapat dicapai,” katanya.

Kita mempunyai jati diri dan khazanah akar umbi yang halus serta penuh kesenian tinggi nilainya dan merupakan aset sangat berharga ditinggalk­an nenek moyang untuk kita warisi. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? KENANGAN: Jabu bersama Empiang (berdiri lapan kanan), Jamiran (berdiri enam kanan) serta tetamu jemputan lain merakam kenangan bersama para peserta yang terlibat dalam persembaha­n Malam Inovasi Muzik 2017 anjuran IPG Kampus Batu Lintang.
KENANGAN: Jabu bersama Empiang (berdiri lapan kanan), Jamiran (berdiri enam kanan) serta tetamu jemputan lain merakam kenangan bersama para peserta yang terlibat dalam persembaha­n Malam Inovasi Muzik 2017 anjuran IPG Kampus Batu Lintang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia