Utusan Borneo (Sarawak)

Rujuk kementeria­n jika mahu beri bantuan kewangan kepada NGO

-

KUCHING: Badan korporat atau agensi kerajaan yang mahu memberi bantuan kewangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan perlu terlebih dahulu merujuk kepada Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, langkah itu penting bagi mengelak pertindiha­n dalam pemberian bantuan.

“Kita (kementeria­n) cuba memastikan setiap NGO kebajikan mendapat bantuan kewangan, jangan ada NGO yang sama sahaja menerima bantuan manakala yang lain hanya menjadi pemerhati.

“Jadi jika ada badan korporat atau agensi kerajaan mahu menghulurk­an bantuan kewangan kepada NGO kebajikan khasnya, boleh merujuk kepada kementeria­n kerana kita tidak mahu pertindiha­n,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyerahan cek peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur di sini semalam.

Fatimah yang juga ADUN Dalat berkata dengan merujuk kepada kementeria­nnya, badan korporat dan agensi kerajaan yang mahu memberi bantuan kewangan dapat mengetahui komitmen dalam menjalanka­n aktiviti mereka secara konsisten untuk manfaat kumpulan sasaran.

“Kementeria­n tahu NGO mana yang berdaftar, mempunyai pengurusan kewangan bagus, kumpulan sasaran baik dan aktiviti dijalankan memberi manfaat kepada kumpulan sasaran,” ujarn- ya.

Pada masa sama beliau menggalakk­an NGO kebajikan di negeri ini menjalanka­n kerjasama strategik dengan badan korporat, agensi kerajaan atau NGO lain kerana percaya ia satu cara yang dapat membantu menangani masalah kewangan dihadapi.

Sementara itu, sebanyak 19 penerima atau NGO menerima geran MRP DUN Dalat semalam dengan jumlah keseluruha­n RM97,000.

Antara penerima ialah Badan Ukhwan dan Kebajikan Tenaga Islam (BUKTI) RTM Kuching, Persekutua­n Persatuan Komuniti Bahagian Kuching, Persekutua­n Persatuan Wartawan Sarawak, Persatuan Melanau Kuching, Tetuan Lembaga Pelawat Pusat Sehenti Kuching, Persatuan Belia Hindu Kuching dan Lembaga Ke- bajikan Anak-Anak Yatim Sarawak.

“Saya berharap penerima geran ini akan menggunaka­nnya dengan sebaik mungkin untuk manfaat kumpulan sasaran.

“Pada masa sama menjalanka­n kerjasama strategik dengan badan korporat, agensi kerajaan atau NGO lain untuk impak lebih berkesan serta konsisten,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia