Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak sekolah digalak anjur majlis graduasi

Penganjura­nnya dapat memberi motivasi dan perangsang kepada pelajar, kata Awla

- Oleh Patricia Gari

Sesungguhn­ya memperoleh­i keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n awam seperti STPM (Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia) sangat penting sebagai platform untuk meneruskan hasrat menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi di universiti.

SIMUNJAN: Pihak sekolah digalak menganjurk­an majlis graduasi di peringkat sekolah kerana ia dapat memberi motivasi dan perangsang kepada pelajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berkata penganjura­n majlis seperti itu juga dapat meningkatk­an persediaan diri pelajar daripada aspek psikologi dan intelek untuk mencapai keputusan cemerlang.

“Sesungguhn­ya memperoleh­i keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n awam seperti STPM (Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia) sangat penting sebagai platform untuk meneruskan hasrat menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi di universiti,” katanya.

Awla Dris ADUN Simunjan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simunjan No.1 di sini kelmarin.

Awla percaya kejayaan pelajar tingkatan enam sekolah itu bukan sahaja disebabkan hasil tumpuan mereka terhadap pelajaran diajar tetapi kerja keras dan sokongan ibu bapa serta tunjuk ajar guru.

“Kejayaan anak- anak ini secara keseluruha­nnya adalah hasil usaha- usaha secara kolektif dan kejayaan berpasukan.

“Perjalanan memburu kecemerlan­gan akademik masih jauh dan terbentang luas di hadapan, justeru usah persiakan kesempatan yang ada.

“Berbekalka­n sijil graduasi yang anda terima hari ini, serta dengan iringan doa ibu bapa, saya yakin anda akan menjadi insan cemerlang suatu hari kelak,” katanya.

Awla secara peribadi menyokong penganjura­n majlis graduasi dan majlismajl­is seumpamany­a oleh pihak pengurusan sekolah kerana ia merupakan inisiatif baik.

Pada majlis itu seramai 43 pelajar tingkatan enam menerima skrol masingmasi­ng.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan Samsul Alam Mohamad Samsuddin dan Pengetua SMK Simunjan No.1 Siti Wahida Suleiman.

 ??  ?? KENANGAN: Awla bergambar bersama pelajar tingkatan enam SMK Simunjan No.1 pada majlis graduasi sekolah itu kelmarin.
KENANGAN: Awla bergambar bersama pelajar tingkatan enam SMK Simunjan No.1 pada majlis graduasi sekolah itu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia