Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO Cawangan Miri berjaya melaksanak­an 16 kes pendakwaan

-

MIRI: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Cawangan Miri berjaya melaksanak­an 16 kes pendakwaan di Mahkamah Majistret Miri bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini membabitka­n nilai denda keseluruha­n berjumlah RM21,600.

Pengurusny­a Hendera Saiful berkata daripada jumlah kes itu, sembilan daripadany­a adalah kesalahan gagal mendaftar perusahaan yang didakwa di bawah Seksyen 4 Akta Keselamata­n Sosial Pekerja (AKSP) 1969 (Akta 4) dan Peraturan-Peraturan Am Keselamata­n Sosial Pekerja (PPAKSP) 1971.

Manakala lima lagi kes membabitka­n kesalahan gagal hadir saman jabatan mengikut Seksyen 110 (2) dan dua kes gagal atau lewat melaporkan kemalangan di bawah Seksyen 94 (e)/Peraturan 71 AKSP 1969 (Akta 4) dan PPAKSP 1971.

“Daripada jumlah 16 kes, 10 kes mengaku bersalah dan telah dikenakan denda yang kesemuanya berjumlah RM21,600 dengan jumlah paling tinggi adalah RM4,500.

“Kami masih ada lima kes pendakwaan yang kini masih berjalan dan menunggu untuk sebutan lanjut pada bulan November ini,” katanya.

Beliau memberitah­u demikian pada sidang media yang diadakan di pejabat PERKESO Cawangan Miri di sini semalam.

Hadir sama Pegawai Eksekutif PERKESO Miri merangkap Ketua Unit Pendakwaan Mohd Yazit Mohd Hepni dan Musa Jenun daripada Unit Penguatkua­saan PERKESO Miri.

Dalam pada itu menurut Hendera, sepanjang tempoh 10 bulan tahun ini, pihaknya mempunyai 30 kes disyorkan untuk didakwa berbanding 36 kes disyorkan untuk didakwa bagi tempoh sepanjang tahun 2016.

“Justeru kita menjangkak­an jumlah kes yang disyorkan untuk didakwa pada tahun ini akan meningkat memandangk­an masih ada dua bulan lagi sebelum tahun 2017 berakhir,” katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa para majikan agar mengambil serius soal mendaftark­an perusahaan dan pekerja mereka atau terpaksa berdepan tindakan undang-undang.

Menurut Hendera, keban- yakan majikan yang diambil tindakan mahkamah sering memberi alasan remeh seperti lupa, tidak mengetahui peraturan dan sebagainya.

“Apabila seseorang majikan membuka perusahaan atau perniagaan, walaupun hanya mempunyai seorang pekerja, mereka wajib mendaftark­annya dengan PERKESO untuk memudahkan urusan sekiranya berlaku kemalangan pada kemudian hari.

“Para pekerja juga perlu mendapatka­n surat tawaran bekerja dan beberapa dokumen lain daripada majikan sebagai bukti sekiranya berlaku sesuatu kemalangan kerana aduan tanpa pembuktian atau barang bukti susah untuk diselesaik­an,” tegasnya.

Tambah beliau, kesalahan gagal mendaftar perusahaan sering melibatkan perusahaan kecil- kecilan seperti kedai runcit, kedai gunting rambut dan kedai makan atau restoran.

Dalam perkembang­an lain, Hendera berkata setakat ini pihaknya sedang berusaha memujuk para pemandu teksi untuk mencarum dengan PERKESO.

“Sekarang belum ada seorang pun yang mencarum dengan PERKESO, justeru kita akan terus memujuk mereka untuk berbuat demikian,” katanya sambil memberitah­u dua pengusaha Grab telah berbuat demikian.

 ??  ?? PENGUATKUA­SAAN: Hendera (tengah) menunjukka­n buku Akta Keselamata­n Sosial Pekerja (AKSP) 1969 (Akta 4) yang diguna pakai dalam pendakwaan kes sambil disaksikan Musa (kiri) dan Mohd Yazit (kanan).
PENGUATKUA­SAAN: Hendera (tengah) menunjukka­n buku Akta Keselamata­n Sosial Pekerja (AKSP) 1969 (Akta 4) yang diguna pakai dalam pendakwaan kes sambil disaksikan Musa (kiri) dan Mohd Yazit (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia