Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri digesa segera runding peruntukan RM1 bilion

-

KUCHING: Kerajaan negeri digesa mengadakan rundingan segera dengan Putrajaya bagi memastikan peruntukan RM1 bilion untuk membaik pulih dan membina semula sekolah- sekolah usang di Sarawak dapat disalurkan menjelang akhir tahun ini.

Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How berkata ini untuk memastikan tidak ada kelewatan dalam pelaksanaa­n projek-projek tersebut dan pada masa sama kerajaan negeri harus memperkuku­hkan tadbir urus korporat untuk memastikan dana tersebut dibelanjak­an dengan betul.

“Walaupun RM1 bilion tidak mencukupi untuk membina semula dan membaik pulih semua 1,020 sekolah yang usang di Sarawak, tetapi ia lebih baik daripada yang saya harapkan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, See yang juga ADUN Batu Lintang menggesa kerajaan negeri memberi jaminan kepada semua wakil rakyat pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang bahawa tidak akan ada perbelanja­an atau manipulasi ke atas dana RM1 bilion tersebut.

“Kerajaan negeri harus memastikan dana ini digunakan sepenuhnya untuk melaksanak­an projek-projek membaik pulih atau membina semula sekolah yang dikenal pasti,” katanya.

Sementara itu, beliau turut bersetuju agar peruntukan itu disalurkan sepenuhnya kepada Sarawak untuk membolehka­n kerajaan negeri melantik kontraktor bagi memastikan pelaksanaa­n projek- projek yang dikenal pasti dijalankan dengan baik.

“Sarawak mempunyai rekod yang membanggak­an kerana sentiasa konsisten dalam pengurusan kewangan negeri.

“Kita mesti merebut peluang ini untuk menunjukka­n bahawa kita dapat mempertaha­nkan tahap integriti tertinggi, untuk mengoptimu­mkan penggunaan sumber yang ada dan meminimumk­an pembaziran dan kebocoran, telus dan bertanggun­gjawab untuk meningkatk­an kecekapan sistem penyampaia­n kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia