Utusan Borneo (Sarawak)

Laluan jalan di Taman Sri Dagang jadi jalan sehala

-

BINTULU: Laluan jalan di Taman Sri Dagang berhadapan jeti penambang, bot ekspres dan feri motosikal di Sungai Batang Kemena pusat bandar lama di sini akan ditukar kepada laluan sehala mulai semalam ( 2 November) hingga 5 November ini untuk percubaan.

Bahagian Perkhidmat­an Perbandara­n Lembaga Kemajuan Bintulu ( BDA) dalam kenyataann­ya di sini berkata, tarikh penetapan sepenuhnya bagi penukaran laluan sehala itu berkuat kuasa pada 6 November 2017 ini.

“Kami berharap pengguna jalan raya mematuhi papan tanda di lokasi terbabit bagi mengelak kekeliruan,” ujar kenyataan tersebut. SIBU: Penduduk Taman Bourgen Villa di Batu 8, Jalan Ulu Oya mahu Majlis Daerah Luar Bandar Sibu ( MDLBS) membetulka­n ejaan papan tanda jalan di kawasan mereka.

Seorang penduduk hanya dikenali sebagai Ting memberitah­u pemberita semalam bahawa terdapat ejaan yang salah di beberapa papan tanda jalan di kawasan perumahan mereka.

“Kontraktor yang dipertangg­ungjawabka­n oleh majlis untuk mendirikan papan tanda jalan raya di situ seharusnya peka den- gan ejaan yang salah.

“Terdapat nama jalan yang berlainan termasuk jalan utama masuk ke kawasan perumahan di situ seperti Lorong Bougainvil­la, Lorong Bourgan Villa dan Bougen Vi Lla yang sepatutnya dieja Bourgen Villa,” katanya.

Ting berkata papan tanda jalan yang salah eja ini telah terpacak di situ sejak tujuh hingga lapan tahun lalu dan amat menyukarka­n orang ramai terutama mereka yang pertama kali datang ke situ.

“Saya berpindah ke rumah saya pada 11 Febuari 1999.

Pada 1997, pemaju telah mencadangk­an kawasan perumahan ini dinamakan sebagai Taman Siti Nurbaya tetapi ditolak oleh Kementeria­n Perumahan.

“Bagaimanap­un mereka mengubahny­a menjadi Vougen Villa tetapi akhirnya menjadi Bougen Villa,” katanya.

Merumitkan lagi keadaan, pemaju telah mencadangk­an nama baru iaitu Taman Bouganvill­a Hill.

Ting meminta pihak berkuasa tempatan memberi perhatian segera tentang isu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia