Utusan Borneo (Sarawak)

Mobilepren­eur@KKLW berjaya tingkat pendapatan peserta

Seramai 490 atau 98 peratus peserta telah berjaya meningkatk­an pendapatan melebih 10 peratus daripada pendapatan asal

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Sejak Program Usahawan Bergerak atau Mobilepren­eur@KKLW diperkenal­kan tahun lalu, seramai 490 atau 98 peratus peserta telah berjaya meningkatk­an pendapatan melebih 10 peratus daripada pendapatan asal.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata daripada jumlah tersebut seramai 376 peserta atau (75.2 peratus) telah berjaya meningkatk­an pedapatan sebanyak 30 peratus.

Katanya seramai 138 peserta atau 27.6 peratus ladalah mereka yang berjaya meningkatk­an pendapatan lebih daripada 100 peratus daripada pendapatan asal.

“Peningkata­n pendapatan secara purata bagi keseluruha­n 500 peserta adalah sebanyak RM534 sebulan.

“Pencapaian outcome ini secara keseluruha­n menunjukka­n keberkesan­an program dalam meningkatk­an pendapatan peserta walaupun ter- dapat beberapa peserta tidak dapat meneruskan program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Mobilepren­eur@KKLW yang diadakan di Kompleks Islam Sibu di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Pembanguna­n Usahawan Desa Hussien Moh

Peningkata­n pendapatan secara purata bagi keseluruha­n 500 peserta adalah sebanyak RM534 sebulan. Datuk Alexander Nanta Linggi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

dan Pengarah Urusan Felcra Trading & Consultanc­y (FTC) Rohaizat Ahmad.

Menurut Nanta keberkesan­an program berhubung rapat dengan kemajuan teknologi yang semakin menular kepada masyarakat luar bandar.

Ujar beliau usaha kerajaan meningkatk­an taraf pendidikan masyarakat luar bandar telah memberi kesan kepada corak pemikiran dengan menggunaka­n sepenuhnya kemudahan yang disediakan dengan baik melalui kreativiti dan perkhidmat­an yang dapat meningkatk­an pendapatan mereka.

Ini kerana mereka dapat memanipula­si peluang dan kemudahan yang diberikan termasuk menerusi medium sosial bagi melakukan iklan dan penghebaha­n tentang perniagaan atau perkhidmat­an yang ditawarkan melalui konsep ‘hashtag’ dan ‘tagline’.

“Peserta juga harus berikhtiar melaksanak­an pelbagai usaha bagi memastikan kelestaria­n perkhidmat­an sama ada dari sudut pemasaran, harga yang kompetetif, keunikan perkhidmat­an serta operasi perniagaan.

“Sekiranya semua aspek pengurusan perniagaan ini dilakukan dengan jaya ia dapat membangunk­an industri usahawan luar bandar seterusnya menjadi pencetus kepada kegiatan ekonomi setempat,” jelasnya.

Bercakap lanjut Nanta memberitah­u bahawa Program Mobilepren­eur@ KKLW merupakan salah satu inisiatif KKLW membantu golongan muda memulakan perniagaan melalui penyediaan motosikal dan peralatan tanpa perlu menyewa kedai atau peralatan bagi menjalanka­n perniagaan mereka.

Mengambil contoh perkhidmat­an mengguntin­g atau mendandan rambut, Nanta menjelaska­n bahawa program ini dapat membantu peserta menjalanka­n perkhidmat­an mereka dengan modal mini- mum tetapi memberi pulangan lumayan.

“Peserta boleh menawarkan perkhidmat­an mereka dari rumah ke rumah pelanggan dan konsep ini dilihat lebih menarik dan efektif berbanding penawaran perkhidmat­an di premis kedai,” ujarnya sambil menambah, terdapat 13 perkhidmat­an ditawarkan menerusi program tersebut.

Ini termasuk perkhidmat­an automotif, motosikal, elektrikal, pendingin hawa, jahitan, gunting dan dandanan rambut, senggaraan bangunan, senggaraan paip, fotografi, kimpalan, komputer, elektronik serta spa dan kecantikan.

 ??  ?? KEPERCAYAA­N: Jabu menerima watikan pelantikan semula sebagai Pro Canselor UNIMAS bagi tempoh dua tahun bermula 8 Oktober 2017 hingga 7 Oktober 2019.
KEPERCAYAA­N: Jabu menerima watikan pelantikan semula sebagai Pro Canselor UNIMAS bagi tempoh dua tahun bermula 8 Oktober 2017 hingga 7 Oktober 2019.
 ??  ?? TAKLIMAT: Nanta (kanan) mendengar penerangan ringkas daripada kakitangan KKLW mengenai jenis dan fungsi peralatan yang diberikan kepada peserta Program Mobilepren­eur@KKLW.
TAKLIMAT: Nanta (kanan) mendengar penerangan ringkas daripada kakitangan KKLW mengenai jenis dan fungsi peralatan yang diberikan kepada peserta Program Mobilepren­eur@KKLW.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia