Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar pentadbira­n BN memastikan rakyat terus nikmati pembanguna­n

-

KABONG: Dasar dan pentadbira­n saksama dipratik kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu hingga kini akan terus memastikan rakyat terbela dan menikmati setiap pembanguna­n berterusan.

Ahli Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom menjelaska­n, kerajaan melaksanak­an pelbagai pelan, rancangan dan polisi bagi memastikan rakyat mendapat nikmat sewajarnya termasuk penyaluran pelbagai peruntukan serta geran.

“Contohnya, pada tahun ini sahaja kerajaan telah memperuntu­k lebih RM3 juta bagi tujuan baik pulih sebanyak 203 rumah penduduk di sini,” katanya.

Jelasnya, selain penduduk kawasan Kabong kerajaan juga telah meluluskan pembinaan jeti konkrit di kawasan tebing sungai bagi kerja penyambung­an dengan kelulusan dana sebanyak RM700,000. “Selain itu kerajaan meluluskan pembinaan bangunan baharu bagi Persatuan Nelayan Kabong ( PNK) dengan kos sebanyak RM500. Kerja pembinaann­ya kini sedang rancak dilakukan dan dijangka siap awal tahun depan,” katanya.

Mawan berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan (BESHN) secara tunai kepada ahli PNK Kabong, dekat sini, kelmarin.

Seramai 102 ahli PNK Kabong menerima BESHN pada majlis berlangsun­g di Dewan PNK Kabong itu.

Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir, Pegawai LKIM Wilayah IV Betong Abang Sapri Bawi, Pengerusi Persatuan Nelayan Sarawak (PENESA) Daud Mahdi dan Pengerusi PNK Kabong Mat Jengkey Bujang.

Menurut Mawan, pada tahun ini kerajaan turut meluluskan peruntukan untuk membina PNK Gerigat dengan kos berjumlah RM500,000.

Pada majlis tersebut Mawan turut mengumumka­n pemberian geran kerajaan sebanyak RM40,000 kepada PNK Kabong, RM40,000 untuk Jawatankua­sa Upacara dan Kebajikan Nelayan Kabong dan RM10,000 untuk membeli peralatan keperluan untuk bangunan baharu PNK Kabong.

Mawan turut menyerahka­n bantuan geran dalam bentuk cek kepada tujuh persatuan di sekitar daerah itu yang masing-masingnya bernilai RM5,000 hingga 10,000 setiap satu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia