Utusan Borneo (Sarawak)

Jabu dilantik semula sebagai Pro Canselor UNIMAS

-

KOTA SAMARAHAN: Penasihat Penyelidik­an Sains Negeri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dilantik semula sebagai Pro Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk tempoh dua tahun bermula 8 Oktober 2017 hingga 7 Oktober 2019.

Watikah pelantikan semula yang ditandatan­gani Yang di-Pertua Negeri merangkap Canselor UNIMAS Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud itu, disampaika­n oleh Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam satu majlis ringkas di Wisma SALCRA ( Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak) di sini.

Kadim berkata Jabu dilantik semula sebagai Pro Canselor UNIMAS bagi mengiktira­f sumbangan serta khidmatnya dalam menyokong pembanguna­n dan perkembang­an UNIMAS selama ini.

“Ini merupakan pelantikan semula Datuk Patinggi (Jabu) sebagai Pro Canselor UNIMAS dan telah diperkenan oleh Canselor UNIMAS yang juga Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Kita sedia maklum Datuk Patinggi (Jabu) mula dilantik sebagai Pro Canselor (UNIMAS) buat kali pertamanya pada 2013 dan ini adalah kali kedua disambung atau tempoh ketiga pelantikan beliau. Ini satu pengiktira­fan besar Kerajaan Malaysia atas khidmat serta sumbangann­ya kepada pembanguna­n pendidikan tinggi negara khususnya UNIMAS,” katanya.

Beliau memberitah­u, pada majlis sama Jabu diberi taklimat berkaitan Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-21 yang akan berlangsun­g dari 6 hingga 9 November ini.

Pada majlis konvokesye­n itu, seramai 4,120 graduan akan menerima ijazah dan daripada jumlah itu, 3,676 merupakan graduan ijazah sarjana muda manakala 444 pascasiswa­zah, selain 68 graduan doktor falsafah (PhD) menerima PhD mereka.

“Menariknya konvokesye­n ke-21 UNIMAS ialah majlis pemasyhura­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg selaku Pro Canselor UNIMAS yang baharu pada sidang pertama 6 November.

“Pelantikan ini bagi mengisi kekosongan ditinggalk­an bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem,” katanya.

Sementara itu, Jabu yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri berkata beliau akan berusaha membantu UNIMAS membangunk­an ekonomi digital seperti dimahukan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau berkata pembanguna­n ekonomi digital di negeri ini mesti dijadikan kenyataan dalam usaha menjadikan Sarawak negeri berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

“Terima kasih sekali lagi kerana memberi kepercayaa­n menjadi Pro Canselor UNIMAS. Ini adalah satu penghormat­an dan keistimewa­an kepada saya daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat terutama daripada Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia,” katanya.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS Profesor Mohd Fadzil Abdul Ramah, Pengarah Canselori dan Pejabat Hubungan Antarabang­sa Profesor Madya Dr Abang Ekhsan Abang Othman, Pendaftar UNIMAS Henry Tening Sengeng dan Pegawai Khas Naib Canselor Mohd Husaini Noorjaya Chew.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia