Utusan Borneo (Sarawak)

Klinik Ibu dan Kanak-Kanak Kampung Bintawa akan diganti baharu

-

KUCHING: Klinik Ibu dan Kanak-Kanak Kampung Bintawa yang terletak di kawasan Seberang Hilir di sini, bakal digantikan dengan klinik baharu yang lebih luas dan mempunyai kemudahan perubatan mencukupi.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ini kerana klinik sedia ada sudah tidak mampu menampung bilangan pesakit yang semakin bertambah.

“Saya difahamkan klinik ini menerima pesakit antara 60 hingga 100 orang dalam sehari. Ia menawarkan perkhidmat­an perubatan untuk ibu dan anakanak dengan hanya dibantu dua pegawai perubatan.

“Jadi, memandangk­an keperluan dan ruang klinik sedia ada tidak mencukupi, kerajaan telah mengusahak­an pembinaan bangunan baharu bagi menggantik­an klinik sedia ada di tapak berdekatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan sambil meninjau keadaan dan perjalanan operasai klinik berkenaan di Kampung Bintawa, Kuching, baru-baru ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu, kerja-kerja pembinaan untuk klinik baharu itu sudah bermula.

“Dengan siapnya bangunan baharu ini nanti, ia mampu memudahkan lagi pengurusan penduduk setempat terutama mereka yang memerlukan perkhidmat­an perubatan,” ka- tanya.

Bagaimanap­un katanya, untuk jangka panjang kawasan Seberang Hilir memerlukan klinik kesihatan yang lebih besar dengan kelengkapa­n terkini dan mencukupi bagi menampung bilangan penduduk yang semakin bertambah.

 ??  ?? LAWATAN: Dr Abdul Rahman bersama warga pekerja Klinik Ibu dan Kanak-Kanak Kampung Bintawa semasa melakukan lawatan ke klinik itu di Kuching, baru-baru ini.
LAWATAN: Dr Abdul Rahman bersama warga pekerja Klinik Ibu dan Kanak-Kanak Kampung Bintawa semasa melakukan lawatan ke klinik itu di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia