Utusan Borneo (Sarawak)

Sindiket mengedar dadah antarabang­sa tumpas di JB

Dadah bernilai RM32.4 juta dirampas, 8 suspek ditahan

-

JOHOR BAHRU: Polis menumpaska­n sebuah sindiket pengedaran dadah antarabang­sa dan memproses bahan itu dalam enam serbuan di sini dan merampas pelbagai jenis dadah dipercayai bernilai RM32.4 juta, Selasa lepas (31 Okt).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata seramai lapan suspek berusia antara 27 dan 58 tahun ditahan dalam serbuan di sekitar Johor Bahru iaitu di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram; Kampung Kong Kong Laut, Masai serta Permas Jaya di Pasir Gudang, bermula jam 1.30 pagi hingga 7.45 pagi.

Katanya, daripada kesemua mereka itu, enam daripadany­a lelaki tempatan, seorang lelaki warga Singapura dan seorang lagi perempuan warga Vietnam.

“Seorang daripada mereka merupakan ahli kimia yang mempunyai pengetahua­n tentang ramuan dadah,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata polis turut merampas sejumlah dadah terdiri daripada 51,750 pil disyaki ekstasi, 227.6kg serbuk dadah juga disyaki ekstasi dan 10.51 gram dadah disyaki syabu dalam serbuan itu.

Selain itu, 713kg pelbagai jenis bahan kimia, peralatan untuk memproses dadah, dua butir peluru hidup dan empat batang besi senjata mekanikal turut dirampas.

Mohmad berkata, polis juga menyita pelbagai harta berjumlah RM590,000 termasuk pelbagai mata wang bernilai RM350,000 dan tujuh kenderaan iaitu Mercedes Benz E280, Toyota Hilux, Land Rover, Toyota Vios, Perodua Alza dan Nissan Vanette.

Sebuah bangsal di ladang kelapa sawit di Masai dijadikan makmal memproses dadah terutama ekstasi, sebelum ia diedarkan untuk pasaran tempatan, Singapura serta Indonesia.

Katanya, berbekalka­n sejumlah bahan kimia yang dirampas, sindiket ini di- jangkakan berupaya menghasilk­an 350 kg serbuk dadah ekstasi yang kemudian apabila dibentuk menjadi tablet boleh menghasilk­an 1.2 juta pil ekstasi.

“Jumlah pil ini jika dikira mengikut pasaran tempatan dianggarka­n bernilai RM46 juta,” katanya.

Mohmad berkata tempoh aktif kegiatan sindiket ini masih disiasat, namun berdasarka­n penelitian pihaknya sejak kebelakang­an ini, terdapat kecenderun­gan untuk menjadikan Johor sebagai antara pusat pengedaran dadah berikutan wujudnya permintaan tinggi dari Singapura dan Indonesia.

“Ini dapat dilihat menerusi jumlah makmal dadah yang telah kita bongkar di Johor sepanjang 2015 hingga kini. Dalam tempoh itu, sebanyak 15 makmal ditemukan (tidak termasuk kes semalam) dan dadah pula bernilai RM33.5 juta,” katanya.

Kesemua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah dan negatif dadah itu kini direman seminggu bermula 31 Okt bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Mohmad Salleh (tengah) menunjukka­n sebahagian hasil rampasan dadah, wang dan senjata yang dirampas dalam enam serbuan pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Johor Bahru (IPK), semalam.
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Mohmad Salleh (tengah) menunjukka­n sebahagian hasil rampasan dadah, wang dan senjata yang dirampas dalam enam serbuan pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Johor Bahru (IPK), semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? KUMPULAN JENAYAH: Antara enam anggota Geng Pak Su yang didakwa di Mahkamah Sesyen semalam, atas tuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang di Alor Setar.
— Gambar Bernama KUMPULAN JENAYAH: Antara enam anggota Geng Pak Su yang didakwa di Mahkamah Sesyen semalam, atas tuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang di Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia