Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga remaja tidak mengaku terlibat tuduhan loteri haram

-

MIRI: Tiga remaja termasuk seorang perempuan masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan menjalanka­n kegiatan loteri awam secara haram.

Sim Chie Qin, 20, dari Batu Niah Bazaar; juvana, 17, dari Kampung Lusut, Sg. Dalam di sini dan Low Mee Key, 20, dari Jalan Riam telah didakwa mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikena denda tidak kurang daripadaRM­20,000 dan tidak melebihi RM200,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, kedua-dua tertuduh dan juvana terbabit telah dituduh melakukan aktiviti loteri awam iaitu perjudian empat ekor secara haram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 5.30 petang, 7 September 2016 di sebuah kedai telekomuni­kasi di Jalan Bendahara di sini.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangk­an ketiga-tiga remaja terbabit telah mengaku tidak bersalah.

Majistret Zuraini Ali Musa membenarka­n permohonan itu dan menetapkan 9 November ini untuk pengurusan kes.

Manakala tertuduh pertama dan ketiga masing-masing dibenarkan dibebas dengan jaminan RM2,800 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Manakala pesalah juvana dibebas dengan jaminan RM2,000 berserta dua penjamin tempatan yang terdiri daripada ahli keluargany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia