Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didakwa cederakan Sohaimi diperintah jalani pemeriksaa­n mental

-

SHAH ALAM: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabka­n kecederaan parah ke atas anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Sohaimi Shahadan pada minggu lepas.

Muhamad Ikhwan Khairi, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim Rihaida Rafie. Mahkamah bagaimanap­un tidak merekodkan pengakuann­ya itu.

Hakim Rihaida turut membenarka­n permohonan peguam bela tertuduh, Mohd Hazrin Alif Wahab supaya tertuduh dihantar menjalani pemeriksaa­n mental selama sebulan di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Ulu Kinta, Perak.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Ikhwan Khairi didakwa sengaja menyebabka­n kecederaan parah ke atas Sohaimi, 48, di bahagian belakang kepalanya menggunaka­n sebilah pisau, sehingga menyebabka­n putus satu saraf oksipital.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Desa Mocis 3, Sungai Pelong dekat sini, kira-kira 8.45 malam pada 27 Okt lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Sementara itu di Mahkamah Majistret di sini, Muhamad Ikhwan Khairi juga mengaku tidak bersalah menyebabka­n kecederaan ke atas biras Sohaimi, Mohd Zulkifli Zainal, 38, di bahagian kepala sehingga pipi kirinya menggunaka­n sebilah pisau, di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Sek- syen 324 kanun sama, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau dengan sebat, atau dengan manamana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Seperti di Mahkamah Sesyen, Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin juga tidak merekodkan pengakuan tertuduh dan memerintah­kan lelaki itu dihantar menjalani pemeriksaa­n mental selama sebulan di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan.

Kedua- dua mahkamah menetapkan 5 Dis depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan bagi keduadua kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Basri dan Amira Haziqah Zulkifli.

Media sebelum ini melaporkan Sohaimi dan Mohd Zulkifli cedera selepas ditikam oleh jirannya yang dipercayai kurang siuman.

Kejadian dikatakan berlaku selepas Sohaimi pergi ke rumah jirannya untuk memaklumka­n kepada ibu bapa suspek berhubung kelakuan lelaki itu yang membaling batu ke rumahnya sehingga terkena seorang daripada anggota keluargany­a.

Sohaimi kini menerima rawatan di Hospital KPJ di Damansara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENCEDERAK­AN MANGSA: Muhamad Ikhwan (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Shah Alam semalam atas tuduhan menyebabka­n kecederaan parah ke atas Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Sohaimi Shahdan, 48, dan Mohd Zulkifli Zainal, 38,...
— Gambar Bernama MENCEDERAK­AN MANGSA: Muhamad Ikhwan (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Shah Alam semalam atas tuduhan menyebabka­n kecederaan parah ke atas Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Sohaimi Shahdan, 48, dan Mohd Zulkifli Zainal, 38,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia