Utusan Borneo (Sarawak)

Cubaan campur dadah dalam serbuk jus buah terbongkar

-

KUCHING: Cubaan menyeludup dadah dengan mencampurk­annya ke dalam peket serbuk jus buah-buahan terbongkar apabila berjaya dikesan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kelmarin.

Ketua JSJN Sarawak Superinten­den Sahar Abdul Latif berkata, anggota telah menahan dua lelaki dan seorang wanita warga China yang baharu keluar dari sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) di tempat parkir sebuah kondominiu­m di BDC, di sini sekitar jam 11.30 malam Selasa lepas.

Hasil pemeriksaa­n terhadap ketiga-tiga suspek berusia 28, 29 dan 42 tahun itu kemudian berjaya menemui dadah jenis Erimin 5 dan lima peket plastik serbuk jus yang didapati berisi campuran serbuk dadah jenis ekstasi.

“Pemeriksaa­n tubuh badan ketiga-tiga suspek berjaya menjumpai satu biji pil Erimin 5 daripada beg milik seorang daripada suspek.

“Seterusnya, pemeriksaa­n di dalam kereta tersebut berjaya menemui lima peket serbuk jus buah-buahan yang mana disyaki mengandung­i campuran dadah jenis ekstasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ketiga-tiga suspek kemudian ditahan di bawah Seskyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Seorang daripada suspek mengaku dadah tersebut yang dirampas adalah kepunyaan- nya, yang diperolehi dengan harga RM250 sepeket.

“Ketiga-tiga suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphet­amine dan Ketamin,” kata Sahar yang memberitah­u pihaknya turut merampas wang tunai dianggarka­n berjumlah RM3,451.

Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan, pihaknya turut menahan seorang pemandu lori berasal dari Kampung Tembirat, Kota Samarahan kerana didapati memiliki dadah jenis ganja dalam satu serbuan juga Selasa lepas.

“Suspek ditahan di hadapan sebuah kedai di Jalan Setia Raja, Muara Tabuan dan hasil pemeriksaa­n terhadapny­a menjumpai dua peket lutsinar berisi dedaun kering disyaki dadah jenis ganja.

“Dengan dipandu arah suspek, pasukan serbuan telah memeriksa sebuah bilik di sebuah rumah di Kampung Tembirat dan menjumpai 14 peket berisi dedaun kering disyaki dadah jenis ganja dan satu balutan timah berisi dua ketulan mampat dedaun kering disyaki ganja,” kata Sahar.

Suspek semasa disoal siasat juga mengaku dadah tersebut adalah miliknya dan bergiat aktif (pengedaran dadah) sejak enam bulan lalu.

“Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan untuk siasatan lanjut di bawah Seskyen 39B, Seksyen 6 dan Seksyen 15(1) ADB,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia