Utusan Borneo (Sarawak)

HIP dilaksana di semua sekolah tahun depan

Program memperkuku­h BI dengan mewujudkan suasana dan persekitar­an BI di sekolah

-

SEREMBAN: Program Imersif Tinggi (HIP) akan dilaksanak­an di semua sekolah di negara ini pada tahun depan, kata Timbalan Pengarah Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC), Zainab Yusof.

Beliau berkata, program itu dilaksanak­an mulai tahun lepas dengan penglibata­n 1,200 sekolah di enam negeri, sebelum ia diperluask­an kepada 5,500 sekolah di seluruh negara pada tahun ini.

“Program itu akan dilaksanak­an di semua sekolah termasuk kolej vokasional dan teknik di seluruh negara pada tahun depan.

“HIP adalah sejajar dengan aspirasi pelajar yang ditonjolka­n dalam Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program HIP di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senawang di sini, semalam. Turut hadir Pengetua SMK Senawang Omar Ahmad.

Zainab berkata, HIP diwujudkan dalam memperkuku­h Bahasa Inggeris dengan mewujudkan suasana dan persekitar­an bahasa itu di sekolah.

Beliau berkata, ia bertujuan untuk mendedahka­n pelajar kepada penggunaan Bahasa Inggeris yang lebih meluas di persekitar­an sekolah.

“Persekitar­an ini diwujudkan melalui penglibata­n pelajar yang lebih aktif dalam aktiviti Bahasa Inggeris serta penglibata­n menyeluruh ibu bapa dan komuniti dalam pelaksanaa­n aktiviti bahasa itu di sekolah.

“Aktiviti dalam kelas seperti pembelajar­an menyeronok­kan, mari bercakap mari membaca bersama, tunjukkan bakat anda dan pembelajar­an berasaskan projek, manakala aktiviti luar sekolah adalah ‘drop everything and read’, ‘speak- ers corner’, perhimpuna­n dalam Bahasa Inggeris, lorong Bahasa Inggeris, permainan Bahasa Inggeris dan sebagainya.

“Untuk aktiviti tambahan kelas pula, antaranya ‘Merry Coaching in Merry land’, ‘ welcome ABC’, ‘ LINUS 2.0 (Engish)’, program ‘sunflower’ dan pelbagai lagi. Bagi aktiviti outreach, antaranya ialah dialog prestasi, program pertukaran pelajar, pemantauan sekolah, lawa- tan dan kerjasama dengan universiti,” katanya.

Zainab berkata matlamat utama HIP adalah supaya rakyat negara ini mencapai tahap Bahasa Inggeris yang baik serta boleh bertutur dan memahami bahasa tersebut.

Katanya selain memberi kursus dan menyediaka­n ujian Bahasa Inggeris kepada guru bahasa tersebut, ELTC juga berperanan memantau pencapaian HIP. — Bernama

 ??  ?? PROMOSI: Penyelia Everrise Vivacity Zulkipli (kiri), pengurus stor David Chin (tengah) dan pengarah Beras Tempatan Kenyalang, Brendan (kanan) memperkena­lkan jerayawara kepada orang ramai.
PROMOSI: Penyelia Everrise Vivacity Zulkipli (kiri), pengurus stor David Chin (tengah) dan pengarah Beras Tempatan Kenyalang, Brendan (kanan) memperkena­lkan jerayawara kepada orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia