Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran HOMElove tawar pelbagai keperluan hidup yang berkualiti

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Pameran perabot dan peralatan rumah, HOMElove kini diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bermula 2 hingga 5 November dari jam 10 pagi hingga 9 malam dengan menawarkan pelbagai keperluan hidup yang berkualiti, khususnya kepada keluarga di sini.

Antara perabot dan peralatan rumah daripada pelbagai jenama terkemuka yang boleh didapati ialah set bilik tidur, sofa, set meja makan, kabinet dapur dan barangan-barangan elektrik.

Selain boleh mencari dan membeli keperluan rumah, pengunjung juga boleh membawa pulang botol minuman eksklusif secara percuma dengan hanya mengambil gambar swafoto di logo HOMElove dan kongsikan di laman Fa- cebook.

Malah, swafoto yang kreatif turut berpeluang memenangi hadiah istimewa berupa iPad Mini 2, yang akan diumumkan pada 5 November menerusi laman Facebook HOMElove.

Menurut pengurus pameran, Stephanie Cheah, pengunjung juga digalakkan untuk mendaftar di kaunter pendaftara­n yang disediakan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik pada setiap hari seperti barangan dapur, mesin pembancuh kopi, iPad Mini 2 dan sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Tambah beliau, pengunjung yang membelanja­kan RM1,000 ke atas turut layak untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan baucar tunai sehingga RM50,000.

“Semakin banyak pembelian semakin bernilai hadiah yang boleh diterima selain menikmati keistimewa­an untuk membeli pelbagai produk pada harga terendah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam pada itu, Stephanie berkata pertanding­an mewarna kanak-kanak juga akan diadakan pada 4 November bermula jam 2 petang dan ibu bapa adalah digalakkan untuk membawa anak masing-masing menyertai pertanding­an tersebut yang menawarkan hadiah menarik.

Di samping itu, aktiviti amal turut dirancang iaitu program derma darah yang dijadual pada 4 dan 5 November dari jam 11 pagi hingga 5 petang untuk menggalakk­an orang ramai terus menderma darah bagi membantu menyelamat­kan nyawa pesakit-pesakit yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.homelove.com.my atau Facebook HOMElove.

 ??  ?? PERCUMA: Stephanie (kiri) menunjukka­n botol minuman yang akan diberikan secara percuma kepada pengunjung.
PERCUMA: Stephanie (kiri) menunjukka­n botol minuman yang akan diberikan secara percuma kepada pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia