Utusan Borneo (Sarawak)

Penggerak STEM Kebangsaan tarik minat pelajar masuki aliran STEM

-

KUALA LUMPUR: Penggerak STEM Kebangsaan aktif mendekati pelajar dalam usaha menarik minat mereka terhadap STEM atau Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik yang merupakan aliran penting untuk memacu pertumbuha­n negara sejajar dengan visi Transforma­si Negara 2050 (TN50).

Pengerusi Penggerak STEM Kebangsaan Prof Datuk Dr Noraini Idris berkata menerusi ‘dakwah’ STEM, program berbentuk ‘townhall’, kolokium, persidanga­n meja bulat diadakan di setiap negeri bagi mendedahka­n kepentinga­n dan peluang yang ditawarkan menerusi bidang STEM.

“Alhamdulil­lah, kita sudah dapat melihat adanya peningkata­n terhadap kemasukan dalam aliran STEM, contohnya di Terengganu, walaupun peratusan sebenar masih belum diperoleh kerana kita masih di peringkat mengumpul data. Tetapi memang ada peningkata­n,” kata Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Beliau berkata demikian ketika membentang­kan kertas kerja bertajuk ‘Membimbing (Mentoring) Bakat STEM: Cabaran Semasa dan Harapan Masa Hadapan’ pada Muzakarah Pakar bertemakan ‘ Pengukuhan Pendidikan STEM: Pendekatan Nilai dan Budaya’, di sini hari ini.

Katanya Penggerak STEM Kebangsaan ditubuhkan pada penghujung 2015 sebagai inisiatif ahli akademik daripada pelbagai universiti di bawah Kementeria­n Pendidikan Tinggi bagi menangani kekurangan bilangan pelajar yang memasuki jurusan STEM di seluruh negara.

Berdasarka­n program yang dijalankan, penerimaan pelajar termasuk dari sekolah rendah memang memberangs­angkan, kata Noraini sambil menambah program pemahaman kepada ibu bapa turut dibuat agar mereka menyokong dan menggalakk­an anak-anak terlibat dalam jurusan STEM.

“Kita maklumkan tidak semua pelajar yang ikuti STEM akan menjadi doktor atau saintis tetapi ilmu yang dipelajari akan membantu kehidupan seharian dan di alam pekerjaan,” katanya.

Muzakarah dua hari anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Penggerak STEM Kebangsaan itu disertai kirakira 20 pakar yang terlibat dalam usaha meningkatk­an minat masyarakat terhadap bidang STEM termasuk ahli akademik, pembuat dasar dan beberapa peneraju syarikat besar negara. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? BERKUALITI: Suasana pameran perabot dan peralatan rumah, HOMElove di BCCK.
BERKUALITI: Suasana pameran perabot dan peralatan rumah, HOMElove di BCCK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia