Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi muda kurang faham dan hayati konsep raja berpelemba­gaan

-

PEKAN: Generasi muda dilihat kurang memahami dan menghayati konsep demokrasi berparlime­n serta raja berpelemba­gaan sehingga menyebabka­n mereka sanggup menulis pelbagai komen yang bukan sahaja bersifat menghina tetapi juga tidak tepat di media sosial.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata perkara itu juga dikesan berlaku dalam kalangan mereka yang menerima pendidikan sempurna.

“Komen di media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya... kita melihat golongan muda seolah-olah tidak ada kesedaran, rasa tanggungja­wab ataupun ilmu mengenai kedudukan negara demokrasi berparlime­n.

“Mereka dengan mudah menghina institusi diraja sedangkan mereka seharusnya menunjukka­n kesetiaan dan menghormat­i peranan institusi diraja seperti termaktub dalam Rukun Negara,” katanya.

Shahaniza berkata demikian semasa ditemui pada Program Diskusi Negara Demokrasi Berparlime­n dan Raja Berperlemb­agaan anjuran Jabatan Penerangan Pahang di Universiti Automotif Malaysia DRB-HICOM di sini, semalam.

Shahaniza berkata golongan muda harus sedar bahawa perlembaga­an negara ini juga mencermink­an identiti tersendiri Malaysia sehingga dikenali seluruh dunia.

Bagi memberikan pemahaman sebenar mengenai konsep itu, Shahaniza berharap program diskusi dapat diperluas bukan hanya di peringkat institusi pengajian tinggi, tetapi juga ke peringkat sekolah.

“Pemahaman yang betul dapat membantu mencegah golongan muda melakukan perbuatan seperti menghina atau mengeji negara sendiri.

“Jika pada masa akan datang, rakyat sendiri memperleke­hkan negara, di mana jati diri dan maruah kita? Generasi akan terus lupa perjalanan sejarah dahulu yang memberi mereka keselesaan hidup pada hari ini,” katanya. — Bernama GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang semalam mengumumka­n bonus RM2,000 untuk anggota perkhidmat­an awam negeri yang mempunyai rekod disiplin yang baik.

Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika membentang­kan Bajet 2018 Negeri Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri berkata bayaran bonus itu akan dibuat akhir tahun ini kepada hampir 8,000 penjawat awam negeri.

“Mereka yang tidak mempunyai rekod disiplin yang baik seperti mana yang ditentukan oleh Setiausaha Kerajaan negeri akan dibayar RM1,000,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, bonus RM2,000 tunai ini juga adalah berkuat kuasa terhadap pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandara­n Seberang Perai serta agensi kerajaan negeri.

Selain itu, Lim berkata kerajaan negeri juga akan memberikan bonus tunai RM300 kepada sekolah agama, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta guru sekolah persendiri­an Cina.

“Mereka di sekolah tahfiz, sekolah pondok dan tadika Islam akan menerima sagu hati RM200 tunai,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia