Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Selangor murka kenyataan Tun M

Tohmahan secara tidak langsung menghina Kesultanan yang berasal daripada Bugis

-

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah memandang serius, murka dan amat kecewa dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang dilihat cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Setiausaha Dewan di-Raja Selangor Hanafisah Jais berkata, berdasarka­n rakaman klip video ucapan Pengerusi Pakatan Harapan itu yang tular di media sosial, Sultan Selangor menyifatka­n tohmahan serta kenyataan Dr Mahathir tersebut jelas menghina dan menggolong­kan bangsa Bugis kononnya berusul daripada golongan lanun, perompak serta penjenayah.

“Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan berkenaan amatlah keterlalua­n dan boleh mencetuska­n perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuska­n kekecohan serta huru-hara.

“Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal daripada Bugis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Menurut Hanafisah, fakta sejarah membuktika­n Kesultanan Selangor berketurun­an Bugis merupakan pahlawan yang memperjuan­gkan dan

Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menjunjung segala titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan isu ini dan berpandang­an supaya satu siasatan serta tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa jua undangunda­ng berkaitan wajar diambil ke atas Tun Dr Mahathir.

mempertaha­nkan agama serta keamanan di seluruh kepulauan Melayu Nusantara.

Katanya, Dr Mahathir sebagai seorang bekas Per- dana Menteri yang menerajui pemerintah­an negara selama 22 tahun seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluark­an sebarang kenyataan dan seharusnya juga lebih mengetahui tentang fakta sejarah keturunan bangsa Bugis.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga mengingatk­an kepada semua pihak terutama orang-orang politik untuk tidak mempersend­akan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik kerana ia boleh menggugat keharmonia­n dan perpaduan rakyat negara ini.

“Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menjunjung segala titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan isu ini dan berpandang­an supaya satu siasatan serta tindakan undang- undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil ke atas Tun Dr Mahathir,” katanya.

Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpuna­n anjuran parti-parti pembangkan­g di Petaling Jaya pada 14 Okt lepas cuba mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai mungkin berasal daripada lanun Bugis.

Perkara itu turut mendapat reaksi Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla yang mengaku tersinggun­g dan berasa terhina dengan kenyataan tersebut.

Beberapa pihak yang mewakili masyarakat Bugis di Malaysia sebelum ini turut menuntut Dr Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka. — Bernama

Sultan Sharafuddi­n Idris Shah Sultan Selangor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia