Utusan Borneo (Sarawak)

GERAKAN gesa Ambiga dedahkan sumber kepada dakwaan Rewcastle-Brown

-

KUALA LUMPUR: GERAKAN semalam menggesa bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S.Ambiga untuk mendedahka­n sumber maklumat berkenaan dakwaan transaksi kewangan antara 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB), PAS dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden GERAKAN Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, Ambiga sepatutnya menjawab gesaan untuk mendedahka­n sumber maklumatny­a dan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa supaya satu siasatan penuh boleh dilaksanak­an dan ini merupakan peluang beliau untuk mempertaha­nkan dirinya.

“Orang ramai berhak mengetahui bagaimana beliau mendapat maklumat itu, daripada siapa dan dengan cara apa.

“Tiada ruang bagi McCarthyis­m di Malaysia, kita tidak boleh ada pemimpin di dalam negara ini yang membuat tuduhan serius terhadap orang lain tanpa bukti yang sepatutnya atau membisu daripada gesaan orang awam bagi memberikan alasan yang kuat kepada dakwaan seseorang terhadap yang lain,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sebuah portal berita melaporkan Editor Sarawak Report Clare RewcastleB­rown, menamakan Ambiga sebagai sumber maklumat terhadap dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada perdana menteri.

Dalam kenyataan pembelaann­ya pada 11 Okt lepas terhadap saman yang difailkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Rewcastle-Brown mendakwa beliau dan Ambiga bercakap mengenai Najib, 1MDB dan PAS pada Julai 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia