Utusan Borneo (Sarawak)

‘Berani bertanggun­gjawab dengan maklumat kepada Sarawak Report’

-

BUKIT KAYU HITAM: Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk S. Ambiga perlu berani bertanggun­gjawab terhadap tindakanny­a memberikan data dan maklumat mengaitkan pemimpin tertinggi PAS menerima wang daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada editor Sarawak Report, Clare RewcastleB­rown.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ambiga tidak boleh bersikap seperti ‘membaling batu sembunyi tangan’ dalam perkara berkenaan dengan cuba mengelakka­n diri daripada ditemui pihak media.

“Dari dahulu kita telah mengetahui sikap Ambiga iaitu berani bila ada di belakang, tak berani bila ada di hadapan. Beliau mengelakka­n diri ditemui wartawan... tidak ada keberanian.

“Kalau ada keberanian dengan bukti diberikan kepada Sarawak Report ini, mesti berani...beliau tidak harus bersembuny­i untuk menyatakan perkara itu. Beliau harus berani bertanggun­gjawab dengan semua data dan maklumat diberikan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja dan mempengeru­sikan Mesyuarat Kedua Peringkat Tertinggi (HLC) mengenai Keselamata­n dan Kawalan Sempadan Negara Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Bukit Kayu Hitam yang baharu bagi Fasa Satu di sini semalam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas laporan portal The Malaysian Insight yang mendedahka­n menerusi hujah balas dan pembelaan yang difailkan Rewcastle-Brown dengan mengatakan pernah bercakap dengan Ambiga pada Julai 2016 mengenai Najib, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan PAS.

Pembelaan itu difailkan Rewcastle- Brown dalam saman fitnah Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang di Mahkamah Tinggi London pada April lepas dengan membabitka­n artikel yang mendakwa PAS menerima dana berjumlah RM90 juta sebagai habuan menyokong Barisan Nasional.

Artikel Sarawak Report bertajuk ‘As Najib denies all over 1MDB let’s not forget his many other criminal connection­s’ disiarkan menerusi portal itu pada 6 Ogos 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia