Utusan Borneo (Sarawak)

BN PP persoal bonus hujung tahun ini guna Bajet 2018

-

GEORGE TOWN: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) semalam mempersoal­kan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang bercadang membayar bonus RM2,000 kepada penjawat awam negeri pada akhir tahun ini menerusi peruntukan Bajet 2018.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong Datuk Dr Muhamad Farid Saad berkata tidak pernah dalam sejarah apabila bajet untuk anggaran perbelanja­an tahun depan digunakan pada tahun semasa.

“Kita bercakap tentang Rang Undang-undang Perbelanja­an 2018. Jadi, kalau mereka menggunaka­n peruntukan tahun depan untuk tahun ini, jadi tak kena, melainkan mereka gunakan duit yang ada pada tahun 2017, tapi tidak pula dibentangk­an dalam Bajet 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pembentang­an Bajet 2018 oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini semalam.

Terdahulu, Lim mengumumka­n bonus RM2,000 untuk anggota perkhidmat­an awam negeri yang mempunyai rekod disiplin yang baik dan akan dibuat akhir tahun ini kepada hampir 8,000 penjawat awam negeri.

Kerajaan DAP Pulau Pinang semalam membentang­kan Bajet 2018 bertemakan ‘Belanjawan Marhaen’ berjumlah RM 1.25 bilion dengan defisit RM748.5 juta berbanding RM667.1 juta defisit tahun lepas.

Muhamad Farid berkata tindakan kerajaan negeri itu juga jelas hendak memper- lekeh dan memperkeci­lkan kerajaan persekutua­n kerana hanya memberi bantuan khas RM1,500 kepada penjawat awam yang akan dibayar secara berperingk­at iaitu RM1,000 pada Januari tahun depan dan RM500 sebelum Aidilfitri.

Beliau turut menyifatka­n Bajet 2018 kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai gagal kerana tidak memberi penekanan terhadap tiga isu utama yang dihadapi rakyat di negeri ini iaitu kesesakan lalu lintas, masalah banjir dan perumahan.

“Sebenarnya ada beberapa isu penting yang tidak ditekankan. Saya dapat melihat ketidaksei­mbangan dari segi bajet ini apabila infrastruk­tur yang dibuat hanya memfokuska­n kepada kawasan pekan dan bukan di kawasan luar bandar,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia