Utusan Borneo (Sarawak)

Cordeiro umum bertanding rebut jawatan presiden US Soccer

-

LONDON, England: Dele Alli memastikan Tottenham Hotspur melangkah ke pusingan kedua Liga JuaraJuara selepas menjaringk­an dua gol ketika menewaskan Real Madrid 3-1, sekali gus meletakkan juara bertahan dari Sepanyol itu di ambang penyingkir­an pertama di pusingan pertama dalam tempoh lima tahun.

Alli meletakkan Spurs di hadapan pada separuh masa pertama sebelum menambah jaringan dengan satu larian solo selepas rehat.

Real kelihatan hambar pada penampilan pertama mereka di Stadium Wembley dan Christian Eriksen menambah lagi kekecewaan Real apabila menjaringk­an gol ketiga sebelum Cristiano Ronaldo menjaringk­an gol saguhati pada lewat permainan, memberikan kekalahan pertama juara 12 kali itu di pusingan pertama sejak Oktober 2012.

Dengan baki dua perlawanan untuk aksi Kumpulan H, kemenangan pertama Spurs ke atas Real ber

makna mereka di- jamin layak ke pusingan kedua dan apa yang ang paling penting, ia seharuseha­rusnya memberikan erikan mereka kepereperc­ayaan serius us di mana mereka reka boleh mencabar ncabar kejuaraan. Selepas memulakan musim m dengan hambar, r, perlawanan hari ari ini menyaksika­n Alli sudah m a - tang ng apab i l a m e n g a w a l bahagian tengah se- lepas penggantun­gan tiga perlawanan di E Eropah. “Ia mem memberikan keperca kepercayaa­n dan keyakin keyakinan tinggi kepada semua orang k kerana ia satu ke keputusan yang he hebat dan kami m melangkah ke pusin pusingan kedua kejohanan tetapi ia sangat pe penting untuk tidak t e r l a l u m e n d a - b bik dada,” kata p pengurus Spurs, Mauricio Pochettino selepas satu kemenangan yang diletakkan antara yang terbaik dalam sejarah kelab. Ketika Tottenham meraikan kemenangan bersejarah, aksi mengecewak­an Real, beberapa hari selepas tewas mengejut 1-2 kepada Girona dalam La Liga Sepanyol, akan menambah tekanan ke atas jurulatihn­ya, Zinedine Zidane ketika beliau berdepan ujian getir pertama sebagai jurulatih Real.

Real kelihatan gagal atau tidak mampu menangani kesungguha­n permainan Spurs dan Zidane berkata: “Dalam semua aspek, Tottenham lebih baik berbanding kami.

“Kami mengharung­i tempoh yang sukar ketika ini. Kami harus terus bertahan dan mengharung­inya dengan baik.”

Sebelum perlawanan, pemain pertahanan Spurs, Jan Vertonghen berkata beliau tidak akan bertukar penyerang kelab, Harry Kane walaupun dengan Ronaldo.

Kane mengucar-kacir pertahanan Real dan umpanan beliau kepada Kieran Trippier hampir menghasilk­an

gol. Walaupun kehilangan pemain pertahanan, Toby Alderweire­ld kerana kecederaan pada pertengaha­n separuh masa p e r t a m a , Spurs mengawal permainan dan aksi memberangs­angkan mereka itu mendapat ganjaran apabila Alli membuka jaringan pada mini tke-27 dari umpanan Trippier.

Ronaldo kelihatan tidak kelihatan dalam padang dalam separuh masa pertama dan menghabisk­an lebih banyak masa bertengkar dengan pengadil dan rakan sepasukann­ya dan apabila mempunyai peluang di pintu gol Spurs, rembatan penyudah beliau sama ada tersasar atau tempat ke penjaga gol Spurs, Hugo Lloris.

Alli menambah jaringan pada minit ke- 56 selepas merampas bola di luar kotak penalti sebelum rembatanny­a, dengan sedikit bantuan terkena kapten Real, Sergio Ramos untuk menerjah jaring.

Dengan semangat pemain Real semakin menurun, Spurs melengkapk­an jaringan pada minit ke-65 apabila Eriksen menyempurn­akan hantaran Kane dari satu serangan pantas.

Ronaldo merapatkan kedudukan pada minit ke80 tetapi ia terlalu lewat untuk mengelak kekalahan. — AFP CHICAGO, Amerika Syarikat (AS): Carlos Cordeiro, naib presiden Persekutua­n Bola Sepak AS (US Soccer), mengumumka­n Rabu lepas untuk bertanding menggantik­an Sunil Gulati sebagai presiden ekoran kegagalan AS layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Gulati, yang menjadi presiden US Soccer sejak 2006, dikritik teruk selepas AS gagal layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1986 pada kempen kelayakan yang berakhir bulan lepas.

“Sukan kami berada pada persimpang­an penting dan ketika kami sudah mencapai banyak bersama, ada perubahan penting perlu dilakukan jika kami mahu sentiasa menggapai potensi kami,” kata Cordeiro menerusi laman sosial Twitter.

“Cabaran ini memerlukan kepimpinan baharu dengan pendekatan lebih telus, bersama dan dinamik untuk meletakkan negara kami sebagai kuasa sebenar bola sepak domestik dan antarabang­sa.”

Cordeiro, bekas eksekutif Goldman Sachs, merujuk pengalaman­nya dalam jawatankua­sa badan induk bola sepak dunia (FIFA) dan badan induk bola sepak Amerika Tengah, Utara dan Caribbean (CONCACAF) dan kepentinga­n kepimpinan Amerika untuk bidaan bersama Piala Dunia 2026 AS-MexicoKana­da.

“Ia adalah sangat penting di mana presiden US Soccer mendapat penghormat­an antarabang­sa kerana cita-cita kami menganjurk­an Piala Dunia 2026 dan Piala Dunia Wanita 2027,” tambah beliau.

Gulati, yang menang tanpa bertanding untuk jawatan presiden sejak tiga penggal, tidak berkata sekiranya beliau akan bertanding untuk satu lagi penggal, walaupun beliau ada berkata beliau sudah mendapatka­n potensi sokongan undi. — AFP

Ia memberikan kepercayaa­n dan keyakinan tinggi kepada semua orang kerana ia satu keputusan yang hebat dan kami melangkah ke pusingan kedua kejohanan tetapi ia sangat penting untuk tidak terlalu mendabik dada. Mauricio Pochettino Pengurus Spurs

 ?? — Gambar Reuters ?? DETIK BERSEJARAH: Alli (kiri) menjaringk­an gol pertama Spurs pada aksi Liga Juara-Juara di antara Spurs dan Real di Wembley, London Rabu lepas.
— Gambar Reuters DETIK BERSEJARAH: Alli (kiri) menjaringk­an gol pertama Spurs pada aksi Liga Juara-Juara di antara Spurs dan Real di Wembley, London Rabu lepas.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? POCHETTINO
POCHETTINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia