Utusan Borneo (Sarawak)

Pencapaian Aguero jadikan beliau seorang legenda, kata Guardiola

-

NAPLES, Itali: Sergio Aguero menjadi penjaring terbanyak Manchester City dan digambarka­n sebagai seorang ‘legenda’ oleh pengurus kelab, Pep Guardiola selepas pasukan mereka melangkah ke pusingan kedua Liga Juara- Juara dengan kemenangan 4-2 di Napoli Rabu lepas.

Penyerang antarabang­sa Argentina berusia 29 tahun itu memecah rekod 177 gol yang dicipta Eric Brook sekitar tahun 1930an apabila menjaringk­an gol ketiga di Naples pada minit ke-69.

“Apa yang beliau capai telah menjadikan beliau seorang legenda, beliau akan berada dalam buku sejarah, jadi saya mahu memberitah­unya untuk menikmati semua itu,” kata Guardiola.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu memerlukan hanya satu mata untuk mengesahka­n tempat ke pusingan kedua buat tahun kelima berturut-turut dengan baki dua perlawanan.

Tetapi kemenangan keempat berturut-turut City dalam aksi Kumpulan F mengesahka­n kemaraan mereka.

Napoli jatuh ke tangga ketiga, enam mata di belakang Shakhtar Donetsk, yang menewaskan Feyenoord 3-1 dan kini menghampir­i penyingkir­an dari kejohanan.

City bangkit walaupun aksi meyakinkan dari Napoli di Stadium San Paolo sebelum pemain pertahanan, Faouzi Ghoulam terpaksa dikeluarka­n kerana kecederaan lutut.

“Saya benar-benar gembira di mana kami melangkah ke pusingan kedua. Ia satu kemenangan hebat malam ini,” kata Guardiola.

“Mereka mengasak kami pada 20 minit pertama terutama sekali dari Ghoulam dan saya mengharapk­an beliau tidak cedera serius. Kami diasak teruk tetapi pemain kami kemudian menunjukka­n personalit­i.

“Ia adalah tentang bagaimana kami bangkit dan mereka melakukann­ya dengan baik.”

Lorenzo Insigne membuka jaringan buat Napoli pada mini tke-21 tetapi Nicolas Otamendi mengikat kedudukan pada minit ke-35.

John Stones meletakkan City di hadapan tiga minit selepas rehat tetapi Jorginho menyempurn­akan tendangan penalti untuk mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-62.

Aguero kemudian mencipta rekod baharu jaringan untuk meletakkan City kembali di hadapan tujuh minit kemudian sebelum Raheem Sterling melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan.

Guardiola melakukan dua pertukaran dari skuad yang menewaskan West Brom 3- 2 dalam Liga Perdana, dengan Ilkay Gundogan dan Danilo.

Dries Mertens, Jorginho, Allan dan Marek Hamsik diturunkan dalam kesebelasa­n utama Napoli ketika mereka cuba menebus kekalahan 1-2 di Manchester dua minggu lepas.

Napoli bermula dengan memberangs­angkan dengan Hamsik dan Mertens mempunyai peluang awal sebelum Insigne membuka jaringan apabila menyempurn­akan hantaran lintang Mertens.

“Keputusan ini tidak adil berdasarka­n prestasi kami,” kata Insigne. “Ada beberapa kekesalan kerana kami mengawal hampir sepanjang permainan.”

Napoli mula hilang rentak apabila Ghoulam terpaksa dikeluarka­n kerana kecederaan dan ketiadaan pemain ini benar- benar memberi kesan apabila Otamendi mengikat kedudukan pada minit ke-34.

“Kecederaan Ghoulam menjejaska­n rentak kami,” kata jurulatih Napoli, Maurizio Sarri.

Stone meletakkan City di hadapan pada minit ke-48 tetapi Jorginho mengikat kedudukan selepas satu jam permainan sebelum Aguero mencipta rekod baharu gol kelab. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENJATA PEMUSNAH CITY: Guardioal (kiri) dan Aguero memberikan penghormat­an kepada penonton selepas tamat perlawanan di San Paolo, Naples pada Rabu lepas.
— Gambar AFP SENJATA PEMUSNAH CITY: Guardioal (kiri) dan Aguero memberikan penghormat­an kepada penonton selepas tamat perlawanan di San Paolo, Naples pada Rabu lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? PRESTASI HEBAT: Salah (kiri) mengasak pemain Maribor ketika beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara di Anfield, Liverpool pada Rabu lepas.
— Gambar AFP PRESTASI HEBAT: Salah (kiri) mengasak pemain Maribor ketika beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara di Anfield, Liverpool pada Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia