Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool di landasan layak ke pusingan kedua Liga Juara-Juara

-

LIVERPOOL, England: Gol dalam separuh masa kedua oleh Mohamed Salah, Emre Can dan Daniel Sturridge meletakkan Liverpool menghampir­i kemaraan ke pusingan kedua Liga JuaraJuara selepas menewaskan Maribor 3-0 Rabu lepas.

Liverpool membelasah Maribor 7-0 pada perlawanan di gelanggang lawan dua minggu yang lepas tetapi terpaksa akur dengan hanya tiga gol di Anfield ketika juara Liga Slovenia itu memperkuat­kan benteng pertahanan mereka.

Kemenangan, dibantu dengan kemenangan 2- 1 Sevilla ke atas Spartak Moscow, membolehka­n Liverpool kini berkelebih­an satu mata di tangga teratas Kumpulan E, menghidupk­an peluang untuk layak ke pusingan kedua buat kali pertama musim 2008/2009.

“Kumpulan ini mungkin paling menarik dalam Liga Juara-Juara,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp ke- tika memberitah­u BT Sport.

“Tiada apa ditentukan. Jika anda mahu bermain pada bulan Februari ( pusingan kedua), anda harus memenangi perlawanan anda.”

Klopp, yang melihat James Milner gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti, akan menentang Sevilla selepas ini sebelum menamatkan pusingan pertama menentang Spartak.

Rancangan Klopp untuk merehatkan Jordan Henderson tidak kesampaian apabila beliau terpaksa dimasukkan pada minit ke- 17 selepas Georginio Wijnaldum mengalami kecederaan buku lali.

Klopp mendedahka­n buku lali Wijnaldum bengkak dan menambah ia “petanda yang tidak bagus”.

Dengan Maribor jelas bermain secara bertahan dengan formasi 5- 4- 1, Liverpool bergelut mencipta peluang dalam separuh masa pertama.

Peluang terbaik mereka ialah apabila tandukan Roberto Firmino dari umpanan Trent Alexander- Arnold terkena Jean- Claude Billong dan ditepis keluar penjaga gol Maribor, Jasmin Handanovic.

Salah mengurangk­an kebimbanga­n penyokong tuan rumah apabila membuka jaringan empat minit selepas rehat dari umpanan Alexander-Arnold.

Milner mensia-siakan peluang menambah jaringan tidak lama selepas itu apabila gagal menyempurn­akan tendangan penalti selepas Firmino dikasari dalam kotak penalti.

Ia kali keempat Liverpool gagal menyempurn­akan tendangan penalti di Anfield pada 2017 tetapi kegagalan itu boleh dimaafkan apabila Can menambah jaringan pada minit ke-64 sebelum Sturridge melengkapk­an jaringan pada minit akhir dari umpanan Alberto Moreno. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia