Utusan Borneo (Sarawak)

Matic ‘kunci kekuatan’ The Red Devils

Chelsea, United bertemu pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford Ahad ini

-

LONDON, England: Keputusan Chelsea menjual pemain tengah, Nemanja Matic kepada pencabar kejuaraan liga, Manchester United, membangkit­kan lebih banyak persoalan dan kesannya mungkin dirasai apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad ini.

Matic meninggalk­an Chelsea selepas tiga tahun setengah untuk bekerjasam­a semula dengan bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho di Old Trafford.

B e l i a u bermain s e t i a p perlawanan dalam liga sejak i t u d a n membantu United naik ke tangga kedua liga, lima mata di belakang Manchester City.

Pembelian Matic kelihatan memberikan pulangan yang baik kepada Mourinho dalam padang, menyebabka­n bekas pemain pertahanan United, Phil Neville berkata selepas Chelsea tewas 0-3 kepada AS Roma dalam aksi Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu di mana penjualan Matic adalah sebab kenapa Chelsea bergelut di bahagian pertahanan musim ini.

Ketiadaan beliau di barisan tengah Chelsea diketengah­kan lagi sekiranya N’Golo Kante gagal cergas sepenuhnya selepas kecederaan.

Kante sudah kembali ber- latih tetapi jika beliau tidak diturunkan menentang United, Chelsea akan beraksi tanpa dua gandingan penting yang membimbing kelab muncul juara Liga Perdana Inggeris musim lepas.

Di tempat mereka, Cesc Fabregas dan Tiemoue Bakayoko memberikan kreativiti di bahagian serangan tetapi tidak memberikan sokongan tambahan di bahagian pertahanan dan dengan penyerang United memiliki kepantasan, ia menyebabka­n benteng pert a h a n a n C h e l s e a berdepan d e n g a n kesukaran selepas bolos 10 gol liga setakat ini. Penyerang utama United, Romelu Lukaku, bagaimanap­un sudah mengharung­i enam perlawanan tanpa gol, dan Mourinho harus membuat keputusan sama ada mahu menurunkan Marcus Rashford dan Anthony Martial bersama dengan harapan untuk menggunaka­n kepantasan ketika berdepan benteng pertahanan Chelsea yang rapuh.

Pada perlawanan awal, Manchester City akan cuba melanjutka­n rekod permulaan cemerlang mereka apabila menanti kunjungan Arsenal.

Skuad kendalian Pep Guardiola memenangi lapan perlawanan liga terakhir dan menjaringk­an banyak gol.

City bagaimanap­un hanya menang sekali dari sembilan perlawanan terakhir menentang Arsenal.

Chelsea, Manchester United dan juga Tottenham Hot- spur, yang akan menentang Crystal Palace pada hari Ahad, mengharapk­an Arsenal boleh menewaskan City di Stadium Etihad untuk membuka semula saingan kejuaraan liga.

Kemenangan akan meletakkan Arsenal kembali bersaing kejuaraan liga. Mereka berada di tangga kesembilan ketika ini, sembilan mata di belakang City.

Pada perlawanan hari Sabtu, West Ham United menanti kunjungan Liverpool dan pengurusny­a, Slaven Bilic, pastinya mahu mengelak kekalahan teruk 0-4 yang dialami musim lepas. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? ARKITEK UNITED: Matic (kiri) melakukan hantaran lintang sambil diasak oleh pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Jan Vertonghen ketika bersaing pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester pada 28 Ogos lepas.
— Gambar Reuters ARKITEK UNITED: Matic (kiri) melakukan hantaran lintang sambil diasak oleh pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Jan Vertonghen ketika bersaing pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester pada 28 Ogos lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia