Utusan Borneo (Sarawak)

Safiq, Insa idam julang Piala Malaysia buat julung kali

-

KUALA LUMPUR: Kapten pasukan Johor Darul Taízim (JDT), Safiq Rahim mengintai peluang untuk merangkul Piala Malaysia buat julung kali apabila pasukannya berdepan juara bertahan, Kedah pada aksi final di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Perancang tengah skuad kebangsaan itu menjelaska­n persiapan skuad Harimau Selatan berjalan lancar selain moral rakan sepasukan berada dalam keadaan terbaik bagi menghadapi perlawanan berkenaan.

“Saya percaya sekiranya kami memberikan seratus peratus dalam persiapan ini, InsyaAllah kami ber- jaya memperoleh keputusan terbaik.

“Bagi saya, semua pemain pastinya mahukan kemenangan serta mahukan Piala Malaysia tahun ini berada di Johor Darul Taízim (JDT). Begitu juga saya, apa yang penting, saya mahukan kemenangan untuk final kali ini,” kata Safiq yang dipetik menerusi laman Facebook rasmi JDT; Johor Southern Tigers.

Beliau yang membantu JDT muncul naib juara Piala Malaysia 2014, bagaimanap­un mengingatk­an rakan sepasukan untuk tidak memandang rendah kemampuan skuad Lang Merah yang merupakan antara pasukan disegani pada musim ini.

“Apa yang penting adalah taktikal, cara dan persembaha­n kami pada perl awanan tersebut. Jika kami b e r m a i n m e n g i k u t apa telah dirancangk­an jurulatih ketika sesi latihan, InsyaAllah kami akan dapat atasi pasukan Kedah,” katanya.

Berkongsi pandangan sama adalah Natxo Insa yang melahirkan keyakinan skuad Harimau Selatan mampu menambah koleksi gelaran dengan menjulang Piala Malaysia selepas b e r j a y a mengekalka­n kejuaraan Liga Super empat musim berturut-turut sejak 2014. “Saya sedar perlawanan itu pastinya sengit dan peluang kedua- dua pasukan 50-50, namun kami tetap yakin dapat memenangin­ya. Saya bersama rakan sepasukan akan memberikan yang terbaik bagi memenangi perlawanan tersebut,” katanya.

“Kami mempunyai peluang memenangi dua trofi musim ini. Kami mahu meraikan bersama dengan penyokong dan berusaha memenangi piala ini. Kita mempunyai pemain yang bagus dan jangan bimbang, kita akan memberi sepenuh fokus dalam 90 minit perlawanan dan tampilkan semangat yang tinggi,” kata Insa yang mempunyai darah kacukan Malaysia kerana neneknya adalah rakyat negara ini.

Kedah mara ke final setelah menang agregat 3-1 ke atas Felda United, manakala JDT menang agregat 4-1 ke atas Perak pada satu lagi aksi separuh akhir Piala Malaysia.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan pernah bertemu dua kali musim ini, menyaksika­n Kedah menang 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi Piala Sumbangsih di Stadium Larkin, 20 Jan lepas.

Pertemuan kedua di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 28 Okt lepas menyaksika­n kedua- dua pasukan seri tanpa jaringan. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia