Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Batu Lintang Kuching ungguli edisi pertama Liga Remaja Kebangsaan AirAsia-BAM Sarawak

-

KUCHING: SMK Batu Lintang Kuching menyapu bersih gelaran pada edisi pertama Liga Remaja Kebangsaan AirAsiaBAM Sarawak yang diadakan di Dewan Persatuan Badminton Sarawak (SBA) pada Ahad lepas.

Dalam kategori berpasukan lelaki, SMK Batu Lintang menundukka­n SMK Kuching High School 3-2 untuk mengesahka­n kejuaraan.

Barrie Chang dan Aloysius Lim-Jeremy Juan menghadiah­kan dua pertama kepada Batu Lintang dengan menewaskan Goh Shun Khiat (21-14, 21-18) dan Ng Yong Ann/Ng Yong Loke (21-6, 21-14) dalam perlawanan perseorang­an dan beregu.

Shun Huat dan Clement JongVictor Yii berjaya meletakkan Kuching High kembali memberikan saingan dengan meraih dua mata selepas menewaskan Felix Fong (21-18, 21-17) dan Edward Ngui-Freddy Phang (21-13, 21-17) dalam aksi perseorang­an dan beregu kedua.

Chen Zi Quan mengesahka­n kejuaraan buat Batu Lintang selepas menjinakka­n Darrell Ong 21-11, 21-12 dalam aksi perseorang­an ketiga.

Batu Lintang mengunggul­i Kumpulan A pada peringkat kumpulan sebelum membenam SMK Chung Hua Miri 3-0 pada aksi separuh akhir.

SMK Kuching High pula mara ke akhir selepas mengatasi Chung Hua Middle School No 1 dengan 3-1.

SMK Batu Lintang mengesahka­n gelaran berganda apabila pasukan wanitanya berjaya menewaskan Chung Hua Middle School No 1 (3-0), SMK Kuching High (3-0), SMK Tinggi Sarikei (3-0) dan SMK Green Road (2-1) sekali gus mengutip empat mata pada liga yang melibatkan lima pasukan.

Pasukan itu diwakili adik beradik Fong iaitu Felicia dan Flora, Cindy Chu dan Sharon Tien.

Tempat kedua SMK Kuching High dengan tiga mata manakala SMK Green Road tempat ketiga dengan dua mata.

Setiausaha SBA, Abdul Hadi Abdul Kadir menyampai dan menutup kejohanan.

Kejohanan itu dianjurkan oleh BAM dengan kerjasama SBA dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS) dari 26-29 Oktober.

Ia bertujuan memilih pemain terbaik untuk mewakili Sarawak pada kejohanan final kebangsaan di Kuala Lumpur pada awal tahun depan.

Sebanyak 17 pasukan termasuk lima pasukan wanita mengambil bahagian pada kejohanan selama empat hari itu.

 ??  ?? DOMINASI: Hadi (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada Pengurus Pasukan SMK Batu Lintang sambil disaksikan wakil JPNS, Mohammad Ann (empat kanan) dan para pemain.
DOMINASI: Hadi (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada Pengurus Pasukan SMK Batu Lintang sambil disaksikan wakil JPNS, Mohammad Ann (empat kanan) dan para pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia