Utusan Borneo (Sarawak)

Lesen Liga Super, FAS akan rayu kepada FMLLP

-

KUCHING: Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akan mengemukak­an rayuan kepada Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dalam masa terdekat bagi mendapatka­n lesen beraksi di Liga Super tahun depan.

Setiausaha Agung FAS, Razali Dolhan ketika menjelaska­n perkara itu kepada Utusan Borneo semalam berkata FAS akur dengan keputusan FMLLP namun akan berusaha merayu bagi mendapatka­n lesen kerana Sarawak masih mengintai peluang untuk kembali ke liga divisyen satu itu.

“Kita akur dengan keputusan FMLLP namun kita akan merayu dalam masa terdekat untuk mendapatka­n lesen.

“Ini kerana Sarawak masih berpeluang kembali ke Liga Super sekiranya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memperkena­lkan format 14 pasukan pada tahun depan,” katanya.

Razali menjelaska­n lesen tersebut merupakan syarat utama kepada mana-mana pasukan yang hendak beraksi di Liga Super namun bukan keperluan bagi pasukan yang beraksi di Liga Perdana.

Sarawak yang jatuh ke Liga Perdana pada musim depan secara asasnya tidak memerlukan lesen tersebut.

Namun, Razali yang juga Naib Presiden FAS tetap berharap FMLLP mempertimb­angkan rayuan pihaknya kerana percaya peluang Sarawak untuk kembali ke Liga Super masih terbuka.

“Kita amat berharap FMLLP memberi pertimbang­an sewajarnya terhadap rayuan FAS selepas ini,” katanya lagi.

FAM dalam kenyataan dikeluarka­n semalam menolak permohonan lesen Sarawak dan Felda United selepas panel bebas FMLLP mengesahka­n kedua pasukan itu gagal memenuhi satu dari enam kriteria ditetapkan iaitu kewangan untuk membolehka­n mereka mendapatka­n lesen.

Permohonan tiga lagi pasukan yang turut berdepan isu sama iaitu Kedah, Kelantan dan Melaka United bagaimanap­un telah diluluskan FMLLP.

Utusan Borneo masih gagal mendapatka­n penjelasan lanjut dari Presiden FAS, Dato Posa Majais setakat berita ini ditulis.

 ??  ?? RAZALI
RAZALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia