Utusan Borneo (Sarawak)

Albinus Michael O’Flaherty inspirasi kejayaan Clement Hii

- Oleh Borhaniza Ali Basah

PENGERUSI Eksekutif Kumpulan HCK Tan Sri Clement Hii memperoleh­i inspirasi daripada mendiang Albinus Michael O’Flaherty yang dianggap pendidik sejati.

Hii berkata, beliau menyokong inisiatif Brother Albinus yang menyediaka­n kelas tuisyen percuma kepada pelajar-pelajar luar bandar yang miskin.

Malah, badan amalnya sendiri iaitu Yayasan Hiichiikok telah mengikut model tersebut di Semenanjun­g Malaysia.

“Nilai-nilai ditunjukka­n oleh Brother Albinus mempengaru­hi saya untuk seterusnya memasuki bidang pendidikan.

“Saya mendapat banyak inspirasi daripada Brother Albinus yang saya anggap sebagai pendidik sejati,” katanya pada Program ‘Speech Day’ Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart 2017 di Sibu, baru-baru ini.

Sambil berkongsi lima cerita peribadi pendek dengan pelajar,

Hii selaku tetamu kehormat dan penaung Hari Pidato Sekolah mendedahka­n beliau berasal dari keluarga sederhana dan tinggal di sebuah kampung di Engkilo sebelum berpindah ke Lorong Belian di Sibu pada usia lima tahun.

Beliau tidak dilahirkan dengan kemewahan dan ini menjadi pemangkin utama untuk dirinya mencari kehidupan lebih baik.

Beliau melanjutka­n pelajaran di kolej tempatan untuk ijazah undangunda­ng sambil bekerja pada usia 32 tahun kerana ibu bapanya tidak mampu menghantar­nya melanjutka­n pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

“Apabila saya menamatkan pengajian, saya membeli sebuah kolej dan berjaya mengembang­kannya menjadi penyedia pendidikan tinggi swasta terbesar di negara ini,” katanya.

Beliau berkongsi pengalaman kegagalan dalam usia 20-an dan menyertai beberapa syarikat tidak cemerlang.

“Masa ini hidup saya bukanlah masa boleh dibanggaka­n tetapi mengajar saya mengenai pelajaran sangat berharga dan nilai persahabat­an, kesetiaan dan kepercayaa­n,” katanya.

Meneruskan perkongsia­n, beliau teringat kejadian banyak kali berasa kurang yakin diri pada awal kerjayanya.

“Ada satu masa seorang pengurus media cetak menolak untuk mencetak kad perniagaan saya kecuali saya membayar harga penuh RM20 terlebih dahulu.

“Pada masa sama, seorang pengurus bank enggan meluluskan pinjaman segera sebanyak RM5,000. Hari ini, pencetak bekerja untuk saya dan bank sama meminjamka­n saya beberapa ratus juta ringgit untuk beberapa projek hartanah,” katanya.

Kisah terakhir dan kelimanya ialah tentang kesilapan diagnosis oleh doktor di Singapura dan komplikasi pembedahan hampir meragut nyawanya.

“Setelah menjalani pengalaman itu, saya melihat kehidupan dari perspektif berbeza. Saya mula menghargai perkara kecil dan saat-saat kecil pernah saya buat sambil lewa sebelum ini,” katanya.

Pengetua sekolah, David Teo Wu turut berucap.

Pada majlis itu, anugerah yang disampaika­n merangkumi sumbangan tidak ternilai dan kepimpinan cemerlang, watak cemerlang, pencapaian cemerlang aktiviti kokurikulu­m dalam kuiz dan persaingan akademik, prestasi cemerlang dalam peperiksaa­n 2017, pelajar terbaik setiap subjek, prestasi cemerlang peperiksaa­n awam, Anugerah Boy Sport Terbaik Rev Brother James, pencapaian cemerlang sekolah dan Anugerah Pastoral Brother Hilary.

Turut hadir tetamu istimewa Clifford Hii, Rev Father Richard Lau mewakili pengerusi pengurusan SHS Bishop Joseph Hii, setiausaha pengurusan SHS Dr Hii Sui Cheng, Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee yang merupakan Sacred Heart Old Students Associatio­n (Shosa), Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Dr Lau Ngi Chuong dan bekas presiden Shosa, Robert Lau.

 ??  ?? ANUGERAH: Hii (lapan kiri, baris kedua), Richard (sembilan kiri, baris kedua), Clifford (enam kiri, baris kedua) dan yang lain bersama penerima anugerah.
ANUGERAH: Hii (lapan kiri, baris kedua), Richard (sembilan kiri, baris kedua), Clifford (enam kiri, baris kedua) dan yang lain bersama penerima anugerah.
 ??  ?? PERKASA INDUSTRI: Peserta bergambar bersama tetamu serta speaker yang diundang khas menjayakan persidanga­n itu di Bintulu.
PERKASA INDUSTRI: Peserta bergambar bersama tetamu serta speaker yang diundang khas menjayakan persidanga­n itu di Bintulu.
 ??  ??
 ??  ?? TUGAS BAHARU:Tang dilantik menjadi Dekan Pembelajar­an dan Pengajaran Curtin.
TUGAS BAHARU:Tang dilantik menjadi Dekan Pembelajar­an dan Pengajaran Curtin.
 ??  ?? TAHNIAH: Ha How Ung (tiga kanan) menerima anugerah Pelajar Terbaik dengan wang tunai RM2,000 daripada Hii sambil diperhatik­an Teo (kiri) dan tetamu lain.
TAHNIAH: Ha How Ung (tiga kanan) menerima anugerah Pelajar Terbaik dengan wang tunai RM2,000 daripada Hii sambil diperhatik­an Teo (kiri) dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia