Utusan Borneo (Sarawak)

Tang dilantik sebagai Dekan Pembelajar­an dan Pengajaran Curtin baharu

-

PROFESOR Tang Siew Fun dilantik sebagai Dekan Pembelajar­an dan Pengajaran Universiti Curtin Malaysia (Curtin) baharu bermula 4 Oktober lalu.

Pro Naib Canselor, Presiden dan Ketua Eksekutif Curtin, Profesor Jim Mienczakow­ski memberitah­u, Tang memiliki kredibilit­i kuat sebagai dekan dengan rekod mengagumka­n dalam pengurusan dan kepimpinan strategik.

“Sebagai pendidik, kita perlu belajar bagaimana pelajar belajar. Dari situ, kita boleh berhubung dengan mereka secara efektif. Saya secara peribadi percaya pelajar boleh belajar dengan berjaya sekiranya guru mereka mengajar dengan berjaya,” kata Tang.

Tang lulus dengan kepujian kelas pertama dalam matematik Universiti Malaya (UM) pada 1991, memperoleh ijazah Sarjana Pentadbira­n Perniagaan dan Sarjana Sains pada 2000 dan 2003 serta ijazah doktor falsafah bidang pengurusan, perancanga­n dan dasar pendidikan pada 2012.

Beliau pakar dalam pengurusan pengajaran strategik, pengurusan projek, tingkah laku organisasi dan statistik serta membantu golongan pendidik dengan merancang proses penilaian pengajaran, sistem bimbingan, menentukan pelan latihan dan membangun pelajar secara holistik.

Di samping itu, Tang juga dilantik panel penilai Agensi Kelayakan Malaysian (MQA) matematik dan statistik sejak 2012, kerja penyelidik­annya diterbitka­n dalam jurnal penilaian sejawat (peer review).

Beliau pernah berkhidmat di Taylor’s University lebih 18 tahun bermula sebagai pensyarah kepada pengarah program dan Pengarah Intellect iaitu Pusat Pembelajar­an Sepanjang Hayat dan Pengajaran Bersepadu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia