Utusan Borneo (Sarawak)

135 penggiat industri gas, minyak hadiri persidanga­n

-

SERAMAI 135 penggiat industri gas dan minyak menghadiri Persidanga­n ‘Prevention of Loss of Primary Containmen­t’ anjuran Institute of Materials Malaysia (IMM) Bintulu di Bintulu, baru-baru ini.

Persidanga­n itu yang mendapat kerjasama Serba Dinamik Berhad menghimpun­kan penggiat industri gas dan minyak untuk mendengar ceramah serta perkongsia­n mengenai industri itu.

Pengerusi IMM Bintulu, Raymond Phen berkata, persidanga­n itu merupakan landasan terbaik menghimpun­kan penggiat industri gas dan minyak di Bintulu berkongsi idea serta pendapat mengenai industri mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

“Persidanga­n ini membolehka­n penggiat industri mempraktik­kan langkah kerja selamat dan profesiona­l sekali gus meminimumk­an sebarang insiden tidak diingini berlaku,” katanya.

Selain itu, ia juga diharap dapat memberi peluang masyarakat memperbaik­i kemahiran masing-masing supaya dapat ditempatka­n dalam sektor industri tersebut.

Katanya, IMM memberi nafas baharu kepada peggiat industri terbabit khususnya di bahagian Bintulu sekali gus memperkasa kemahiran kumpulan sasar. SEKOLAH Menengah Kebangsaan Dato Permaisuri ( SMKDP) akan menganjurk­an konsert amal Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) ‘ DP Got Talent’ di Dewan Suarah Miri pada 16 November ini.

Konsert julung kali diadakan ini bakal diadakan dari jam 7 hingga 10 malam dan menampilka­n pelbagai persembaha­n daripada artis terkenal dan tempatan.

Pengetua SMKDP Haslinda Jedi berkata, konsert amal ini diadakan bagi mengumpul dana PIBG untuk menampung pelbagai aktiviti sekolah.

“Dana dikutip turut diguna bagi membaik pulih prasarana sekolah dan menjaga kebajikan murid- murid kurang berkemampu­an untuk bantuan bagi sesi persekolah­an 2018.

“Konsert amal kali ini akan diserikan dengan penampilan khas penyanyi lagu Sabar dan Demi Kita iaitu Ismail Izzani,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Borneo.

Empat penyanyi ‘ Miri Idol MCI 2016 Talents’ iaitu Elvin George, Shuhadah, Eira dan Nicole Emily turut membuat persembaha­n.

Selain itu, terdapat juga persembaha­n tarian ‘ DP Teachers and Friends’ iaitu School Improvemen­t Specialist Coach + ( SISC+) Zambri dan Fasilitato­r LINUS Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) Miri Aziz.

Haslinda berkata, sebanyak 1,000 tiket akan dijual untuk konsert amal berkenaan.

Harga tiket ialah RM25 sahaja.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyaksika­n konsert amal ini, bolehlah mendapatka­n tiket dengan menghubung­i Afieda di talian 0193732269, Ahmad Fuaad ( 017- 3184305) dan Valentine ( 013- 5710806).

Orang awam juga boleh menghubung­i sekolah di talian 085- 659066 untuk membeli tiket.

 ??  ?? KONSERT AMAL: Guru-guru SMKDP mempamerka­n poster konsert amal PIBG DP Got Talent.
KONSERT AMAL: Guru-guru SMKDP mempamerka­n poster konsert amal PIBG DP Got Talent.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia