Utusan Borneo (Sarawak)

Perjuangan Tun Hussein Onn masih relevan, selaras TN50

-

PRINSIP perjuangan yang dipegang Perdana Menteri Ketiga Allahyarha­m Tun Hussein Onn ketika memimpin negara masih relevan untuk diguna pakai dalam pembanguna­n negara selaras dengan Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata Allahyarha­m bapanya itu komited melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n melebihi diri sendiri, meletakkan perpaduan sebagai teras kejayaan negara, bangsa dan sentiasa memastikan kedudukan Malaysia setanding dengan negara luar.

“Ketiga-tiga perkara ini penting dan dilihat relevan hari ini dalam konteks menuju ke arah negara maju dan TN50 dari segi kesungguha­n, kejujuran, integriti dan komitmen ketika melaksanak­an amanah, perpaduan dengan dunia yang semakin mencabar berikutan pelbagai isu yang boleh memecah belah kedudukan Malaysia dalam dunia tanpa sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bangunan Memorial Tun Hussein Onn (MTHO) di Kuala Lumpur baru-baru ini daripada pihak kontraktor kepada Arkib Negara.

Beliau yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas berkata bangunan ikonik baharu MTHO di Bukit Perdana yang menerapkan teknologi hijau itu melambangk­an keperibadi­an Allahyarha­m sebagai Bapa Perpaduan negara.

“Seni bina moden yang berterapka­n nilai kesederhan­aan ini turut mencermink­an keperibadi­an ayahanda saya.

Saya dan keluarga berterima kasih kepada kerajaan dan pihak terlibat dalam usaha mengenang arwah dalam memorial yang cukup istimewa ini.

“Saya berharap memorial ini akan dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama bangunan Memorial Negarawan yang turut terletak bersebelah­an bangunan Memorial Tunku Abdul Rahman ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia