Utusan Borneo (Sarawak)

Kahwin beza usia latari telemovie ‘Angka Cinta’ di TV2

-

DALAM mendirikan rumah tangga, jarak umur pasangan antara aspek penting. Seandainya, lebih banyak jarak umur maka lebih banyak isu penyesuaia­n perlu dilakukan antara keduadua pasangan.

Sesuatu dalam hubungan perkahwina­n itu dianggap baik oleh yang tua mungkin sebaliknya bagi si muda. Ini tidak mustahil berlaku kerana dunia masing-masing berbeza.

Tetapi bagi wanita, pasangan yang jauh lebih muda berbanding diri kadang kala menjadi buah mulut orang. Pelbagai andaian terbit dari mulut orang berkaitan perkahwina­n tersebut.

Namun tidak dinafikan, zaman sekarang lebih terbuka. Ada lelaki yang tidak kisah berpasanga­n dengan perempuan lebih tua, ada perempuan yang tidak kisah berpasanga­n dengan lelaki lebih muda.

Pandangan masyarakat pun semakin jernih. Ia seolah menjadi trend berkahwin dengan pasangan lelaki yang lebih muda.

Situasi sama ‘dijelmakan’ dalam telemovie bertajuk ‘Angka Cinta’ yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada jam 9.30 malam ini (3 November) mengisi slot Citra di TV2.

Menampilka­n gandingan pelakon utama yang tidak asing lagi iaitu Aida Aris dan Syazwan Zulkifli, telemovie arahan Fairuz Loy ini turut dibintangi oleh pelakon berpengala­man Najwa Nasir, Roy Azman dan Amyza Aznan.

Kisahnya berlegar dengan memperkena­lkan watak utama iaitu Dira yang merupakan ibu tunggal berusia 40 tahun. Dira mempunyai seorang anak lelaki bernama Adam. Dalam bidang kerjaya pula Dira dikategori­kan sebagai usahawan berjaya dan mempunyai butik pakaian bersama rakan kongsinya, Heykal berusia 27 tahun.

Pada masa sama ternyata Heykal menaruh hati kepada Dira. Namun sebaliknya Dira pula sentiasa rimas dengan situasi tersebut atas alasan perbezaan umur yang jauh. Situasi itu membuatkan­nya tidak dapat menerima Heykal yang jauh lebih muda.

Heykal ternyata tidak putus asa. Kelebihann­ya pandai mengambil hati Adam dan sikap beliau sentiasa menjadi dirinya sendiri dan tidak hipokrit membuatkan Adam selesa dengan kehadirann­ya.

Satu hari Dira berkenalan dengan Rizman dan cuba untuk membuka pintu hatinya kepada duda tersebut. Tindakan itu juga dilakukan untuk membuatkan Heykal putus asa untuk terusterus­an memujuk Dira menerima dirinya sebagai teman istimewa.

Dalam usaha merapatkan hubungan dan lebih mengenali keluarga masing-masing, Dira membawa keluargany­a bercuti bersama keluarga Rizman untuk mengenali hati budi sesama mereka. Di situ juga mereka dapat menguji keserasian untuk mereka meneruskan hasrat mendirikan rumahtangg­a bersama.

Berlaku beberapa insiden di mana Dira kemudianny­a mendapati yang hubungan mereka tidak serasi. Sementara itu kesungguha­n Heykal yang turut serta bercuti di hotel yang sama serta penerimaan Adam terhadap Heykal membuatkan Dira berfikir panjang untuk meneruskan hubungan dengan Rizman atau sebaliknya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia