Utusan Borneo (Sarawak)

Siaran langsung di TV3, jam 9 malam ini

-

MAJLIS anugerah berprestij, Anugerah Skrin yang memartabat­kan hasil seni televisyen dan layar perak tanah air akan bersiaran secara langsung di TV3 malam ini (3 November 2017) dengan tema ‘Mencipta Fenomena’.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak, “Tahun ini ASK2017 mengetenga­hkan ‘Mencipta Fenomena’ sebagai temanya sebagai satu usaha untuk memartabat­kan setiap pengorbana­n yang dilakukan oleh semua penggiat seni tanah air tidak kira di hadapan atau di belakang tabir. Ini merupakan siri yang ke-21, dan sehingga tahun ini, Anugerah Skrin masih relevan dan memainkan peranan sebagai pemangkin industri penyiaran supaya para karyawan seni tanah air terus mencipta fenomena.”

Selain saluran-saluran Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (TV3, ntv7, 8TV, dan TV9), Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) tahun ini turut menerima penyertaan daripada HyppTV, RTM, dan BERNAMA.

Pemilihan pencalonan­pencalonan ASK2017 adalah berdasarka­n produksi-produksi yang telah ke udara dalam tempoh 1 Julai 2016 hingga 30 Jun 2017.

Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) akan bersiaran langsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) secara tiga bahagian.

Bahagian pertama merupakan Majlis Prelude ASK2017 yang julung kalinya disiarkan secara langsung di kaca televisyen pada jam 5 petang.

Bahagian keduanya merupakan Acara Karpet Merah yang akan ke udara secara dua peringkat iaitu secara strim langsung di portal video tonton pada jam 8 malam dan siaran langsung di Pop TV, TV9 pada jam 8.30 malam.

Malam kemuncak ASK2017 merupakan bahagian terakhir yang akan ke udara secara langsung pada jam 9 malam di TV3.

Majlis Prelude ASK2017 ini akan dihoskan oleh Haiza Kool FM dan Issey Fazlisham (Titan) di ruang karpet merah ASK2017 untuk menyampaik­an 13 anugerah. Selain itu, penonton juga akan dihiburkan dengan persembaha­n hebat daripada Haiza & Aepul, Aiman Tino, dan Tajul & Wany Hasrita.

Acara Karpet Merah ASK2017 akan bermula sekitar jam 7.45 malam di ruang legar hadapan Dewan Merdeka, PWTC.

Barisan artis yang terdiri daripada penghibur ASK2017, penyampai anugerah ASK2017, dan calon-calon ASK2017 akan berjalan sambil memperagak­an busana glamor mereka sehingga masuk ke dalam Dewan Merdeka.

Para pengikut setia ASK2017 berpeluang untuk saksikan Acara Karpet Merah ASK2017 ini secara langsung di portal video tonton pada jam 8 malam dan Pop TV (TV9) pada jam 8.30 malam.

Tepat pada jam 9 malam ini, ASK2017 akan mula bersiaran langsung bersama tiga pengacara bertenaga, Jihan Muse, Fahrin Ahmad, dan Shuk.

Ketiga-tiga pengacara ini akan turut berganding­an bersama 15 penyampai anugerah iaitu Anim Ezzati, Aiman Tino, Aaisyah, Farah Nabila, Fattah Amin, Nabila Huda, Neelofa, Raja Ilya, Rozita Che Wan, Saiful Apek, Sara Adiba, Shukri Yahya, Wany Hasrita, Zizan Razak, dan Zul Ariffin sepanjang majlis berlangsun­g.

Menghiburk­an para penonton pada malam ini adalah barisan artis hebat iaitu, Akim & The Majistret, Haqiem Rusli, Issey, Abam & Mark Adam, Stacy, Salam Musik, Nora Ariffin, Ayda Jebat, Hael Husaini, Zizan Razak & Azira Shafinaz, dan Black & Jaclyn Victor.

Pengundian atas talian bagi pencalonan Drama Rantaian Popular Media Sosial telah dibuka bermula 15 September yang lalu hingga 20 Oktober di mana para peminat Drama Rantaian Popular Media Sosial, ‘Andainya Takdir’, ‘Pembancuh Kopi Mr. Vampire’ dan ‘Pergilah Air Mata’ mengundi drama pilihan mereka di laman sesawang rasmi ASK 2017 (www.anugerahsk­rin.com).

Untuk pertama kalinya, Olay akan menjadi Penaja Utama Anugerah Skrin 2017.

Oppo, jenama telefon kamera pintar popular di Malaysia, turut berkolabor­asi dengan Anugerah Skrin selaku penaja bersama.

Sempena pelancaran produk baru Oppo F5, Oppo Malaysia akan mencipta rekaan eksklusif edisi ASK2017.

Untuk memenangi model rekaan eksklusif ini, orang ramai boleh menyertai aktiviti di laman sesawang Oppo.

Sebagai rakan penaja, McCafé, McDonald’s bakal menerbitka­n sebuah drama bersiri lima episod di TV3 yang bakal diumumkan pada kemuncak Anugerah Skrin 2017 malam ini.

Hidupkan juga perbualan di media sosial dengan tanda pagar #ask2017.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysi­a.

 ??  ?? MALAM INI: Datuk Adi Putra dan Raja Ilya (kanan) semasa sidang media ASK 2017 barubaru ini. Kemuncak ASK 2017 akan bersiaran secara langsung di TV3 malam ini.
MALAM INI: Datuk Adi Putra dan Raja Ilya (kanan) semasa sidang media ASK 2017 barubaru ini. Kemuncak ASK 2017 akan bersiaran secara langsung di TV3 malam ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia