Utusan Borneo (Sarawak)

KEDAP bantu ibu bapa didik anak kuasai 3M

Bermanfaat untuk mengajar anak di rumah

-

SANDAKAN: Teknik pembelajar­an Kelas Dewasa Orang Asli dan Pedalaman (KEDAP) memberi manfaat kepada pelajar dewasa yang mengikuti kelas itu dalam mendidik anak mereka menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis (3M).

Elyana Lisa, 35, dari Long Pasia Sipitang berkata teknik pembelajar­an KEDAP digunakann­ya untuk pembelajar­an di rumah bagi anaknya yang berusia sembilan tahun.

Dia yang bersekolah hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Pengiran Omar Sipitang berkata, walaupun dia tahu membaca, mengira dan menulis, teknik mudah menguasai 3M di bawah KEDAP menjadi faktor utama dia mengikuti program itu di Sekolah Kebangsaan Long Pasia.

Berbeza dengan Siti Ami- nah Jabarul dari Kampung Dogoton Pulau Banggi di Kudat, dia menyifatka­n pembelajar­an menerusi KEDAP adalah peluang berharga untuknya menguasai 3M.

Sebelum mengikuti program itu, Siti Aminah yang hanya bersekolah sehingga darjah enam berkata dia tidak mahir membaca, menulis dan mengira, bagaimanap­un setelah mengikuti KEDAP, dia dapat menguasai 3M dengan baik.

“Saya berharap usaha saya belajar semula ini akan menggalakk­an anak saya untuk belajar dengan baik di sekolah,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Konvokesye­n KEDAP Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Kali Ke-6 di sini, semalam.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibol berkata program KEDAP dilasanaka­n pada 2008 di Semenanjun­g dan diperluask­an di Sabah pada 2013 yang memberi manfaat kepada golongan dewasa di kawasan pedalaman dan pulau di negeri ini yang tidak berkesempa­tan mendapat pendidikan secara formal suatu masa dahulu.

Menurutnya program pembelajar­an KEDAP diadakan selama dua jam sehari, tiga atau empat hari seminggu dengan jumlah 75 hari atau 150 jam setahun.

Beliau berkata pelajar akan menamatkan pembelajar­an selama lapan bulan dan ketika sesi pembelajar­an, mereka turut diberikan elaun kehilangan pendapatan, makan, pakaian, kesihatan, pakej lawatan dan bantuan buku serta peralatan pembelajar­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia