Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa mangsa kemalangan minta tiada pihak menyalahka­n sesiapa

-

PITAS: Bapa kepada salah seorang mangsa kemalangan melibatkan sembilan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Pitas Dua meminta agar tiada pihak menyalahka­n sesiapa atas insiden itu.

Lawrence Ruminbit, 54, berkata, dalam kemalangan minggu lepada di Kota Marudu walaupun anaknya Lewinkafo Laurence, 18, sebagai pemandu namun perkara berkenaan tidak boleh disalahkan ke atas sesiapa.

“Kemalangan tidak dapat dielakkan dan ia terjadi di semua tempat tidak kira masa. Kita juga tidak boleh menyalahka­n sesiapa dalam hal ini.

“Kemalangan itu bukan disengajak­an dan setiap keluarga mangsa yang terlibat juga memahami tragedi itu,” katanya ketika ditemui selepas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman menziarahi keluarga mangsa kemalangan sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini pada Rabu.

Lawrence tidak pasti bagaimana kemalangan itu berlaku, namun berkata kawasan berkenaan sering kali berlaku kemalangan. Sejak kemalangan itu, dia mendapati emosi anaknya kurang stabil dan trauma sehingga sekarang.

“Dia sudah tahu empat lagi rakannya telah meninggal dalam kemalangan itu dan dia tidak pernah bercakap dengan sesiapa sejak kejadian itu.

“Dia juga akan berdiri atau duduk di satu sudut rumah dan tidur di tempat yang sama,” jelasnya.

Lawrence juga mendapati anaknya sering menangis sendiri. Dia belum bercadang untuk memberikan kaunseling kepada anaknya.

“Ia kerana emosinya belum stabil. Namun, ramai ahli keluarga dan jiran tetangga memberi sokongan moral kepada kami sekeluarga dan keluarga mangsa lain,” katanya.

Sementara itu, Musa sempat menyerahka­n sumbangan kepada semua keluarga mangsa. Dalam lawatan itu, beliau berkata jalan raya yang dikatakan berlubang sehingga menyebabka­n kemalangan itu seperti didakwa pihak pembangkan­g adalah tidak benar.

Katanya, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan melalui Jabatan Kerja Raya menyatakan tragedi itu adalah kemalangan yang tidak dapat dielakkan.

“Kita tidak tahu di mana salahnya namun ia sekarang masih dalam siasatan adakah kereta itu mempunyai masalah atau kecuaian pemandu,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Tugastugas Khas Datuk Seri Teo Chee Kang dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Maimunah Suhaibul.

 ??  ?? TRAUMA: Lawrence (kiri) sentiasa berada di sisi Lewinkafo (kanan) yang masih dalam keadaan trauma.
TRAUMA: Lawrence (kiri) sentiasa berada di sisi Lewinkafo (kanan) yang masih dalam keadaan trauma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia