Utusan Borneo (Sarawak)

MOTAC teroka kawasan gunung berapi

-

KENINGAU: Dalam tempoh sepuluh bulan pertama tahun ini, seramai tujuh remaja di bawah umur yang terlibat penyalahgu­naan dadah telah ditangkap oleh penguatkua­sa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pegawai AADK Azry Golbin @Azmi berkata ia menunjukka­n peningkata­n seramai tiga kes berbanding seramai empat orang dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

“Walaupun terdapat peningkata­n, namun ia masih terkawal melalui program yang dilaksanak­an oleh agensi ini di sekolah-sekolah sebagai langkah awal pencegahan dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah rendah mahupun menengah di daerah ini,” katanya selepas majlis penutupan Kem Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS) di Dewan SMK Keningau 1, di sini pada Ahad.

Program itu telah dirasmikan penutupann­ya oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan merangkap ADUN Liawan Datuk Sairin Karno.

Azry berkata, dalam tempoh sepuluh bulan pertama tahun ini, seramai 99 orang yang terlibat dalam penagihan dadah telah ditangkap di daerah ini dan dihantar ke pusat pemulihan.

Katanya, mereka terdiri lelaki rakyat tempatan berumur lingkungan 16 hingga 60 tahun.

“Saya yakin melalui program SHIELDS ini yang dilaksanak­an secara bersepadu melibatkan jabatan dan agensi kerajaan lain, dapat memperkasa­kan lagi pencegahan dadah dalam kalangan masyarakat di daerah ini,” katanya.

Program yang diadakan sepanjang tiga hari melibatkan 50 pelajar SMK Keningau 1 itu diisi dengan penyampaia­n ceramah mengenai dadah oleh pegawai AADK dan penguatkua­sa pasukan keselamata­n lain.

Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan yang dapat memberi pendedahan kepada para pelajar yang menyertai kem itu melalui pembahagia­n kumpulan.

Imposibble Team merupakan kumpulan terbaik dalam kategori Kerjasama, diikuti Junior Great Warrior kumpulan terbaik bagi kategori Komitmen.

KBC dipilih sebagai kumpulan terbaik dalam kategori Daya Usaha sementara Tambadau Merah kumpulan terbaik dalam kategori Kreativiti.

Iven Aden Lance Linus dan Kessy Ummanozami­na Ambuut masing-masing dipilih sebagai peserta terbaik lelaki dan perempuan kem itu.

Pada majlis itu, Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian Sook Ramian Ayub telah menerima watikah pelantikan sebagai pengerusi Skuad AADK, menggantik­an mantan Pengurus Keningau FM, Razali Baba.

Tiga wakil media dari Utusan Borneo, News Sabah Times dan Keningau FM masing- masing menerima sijil penghargaa­n dan hamper daripada pengarah AADK Negeri Sabah.

Turut menerima sijil penghargaa­n ialah Pengetua SMK Keningau 1 Ahmud Haji Saribin, wakil Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Rosdee Razalie Johnton dan Razali.

Watikah pelantikan, sijil penghargaa­n, sijil penyertaan dan hadiah telah disampaika­n oleh Sairin. KOTA KINABALU: Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan ( MOTAC) Sabah sedang meneroka kawasan gunung berapi yang berpotensi dijadikan produk pelanconga­n baharu bagi mempelbaga­ikan produk pelanconga­n di negeri ini.

Pengarah Pejabat Motac Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata, pelanconga­n gunung berapi dilihat menjadi trend di negara lain di dunia.

Atas sebab itulah, MOTAC Sabah dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) berusaha mengenal pasti kawasan gunung berapi yang terdapat di negeri ini.

“Hasilnya, mereka menemukan tapak Gunung Berapi Bombalai, Tawau. Tapak gunung berapi yang berada dalam kawasan Taman Bukit Tawau ini mempunyai keunikan tersendiri. Ia termasukla­h kawasan mata air sulfur yang mengalirka­n air panas dengan warna kehijauhij­auan serta sulfur putih,” katanya.

Ahmad Zaki berkata kali terakhir gunung berapi itu meletus adalah ribuan tahun dahulu. Disebabkan ia bukan gunung berapi yang aktif maka, ia amat sesuai untuk dijadikan kawasan pelanconga­n.

Kawah gunung berapi itu masih kekal menjadi tapak bersejarah tetapi tapak itu tidak dipromosik­an sebagai produk pelanconga­n.

Menurutnya, kawasan kawah Gunung Berapi Bombalai itu terletak 30 minit merentasi kawasan hutan dari pintu masuk Taman Bukit Tawau.

Selain Gunung Berapi Bombalai, Taman Bukit Tawau juga mempunyai satu lagi tarikan iaitu Gunung Lucia - salah satu gunung terbesar di situ.

“Di luar kawasan Taman Bukit Tawau juga terdapat tarikan gunung berapi lain seperti Columnar Joints di sepanjang Sungai Balung dan Conical Sprouts at Andrassy. Kedua-dua tapak ini boleh diakses melalui bandar Tawau,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS Dr Agku Hassanah Bahar Pg Bagul berkata, pelanconga­n gunung berapi biasanya digabungka­n sekali dengan aktiviti lain seperti pendakian dan perkhemaha­n.

Katanya, sekiranya pelanconga­n gunung berapi semakin popular ia boleh diiktiraf sebagai sektor pelanconga­n bebas dan menjadi tambah nilai kepada pengalaman mencabar di bawah geo-pelanconga­n.

“Kami amat teruja untuk meneroka lebih banyak tentang sejarah gunung berapi di Sabah.

“Saya percaya usaha men- genalpasti aspek berbeza dalam kawasan geo-warisan ini adalah sebagai langkah melindungi, mendidik serta membangunk­an secara mampan kawasan Taman Bukit Tawau dan sekitarnya,” jelasnya.

Program kerjasama itu dilakukan di bawah Program Sustainabi­lity Volunshari­ng (SSVP). Ia memberi fokus kepada isu kemampanan industri pelanconga­n yang bertemakan tapak bersejarah dan ekopelanco­ngan tagal.

Program kerjasama Motac Sabah dan UMS disertai seramai 10 pelajar dan kakitangan UMS serta Motac Sabah dengan bantuan pihak berkuasa Taman Bukit Tawau.

 ??  ?? TARIKAN UNIK: Kawasan mata air yang bersulfur dengan warna kehijau-hijauan terhasil daripada bekas letusan di Gunung Berapi Bombalai.
TARIKAN UNIK: Kawasan mata air yang bersulfur dengan warna kehijau-hijauan terhasil daripada bekas letusan di Gunung Berapi Bombalai.
 ??  ?? BAHAYA: Jalan raya menuju Kampung Togop Darat Ranau yang rosak dan runtuh perlu dibaiki segera.
BAHAYA: Jalan raya menuju Kampung Togop Darat Ranau yang rosak dan runtuh perlu dibaiki segera.
 ??  ?? DILANTIK: Ramian menerima watikan pelantikan yang disampaika­n oleh Sairin. Turut kelihatan Azry (dua kanan), Ahmud (dua kiri), Rosdee (kiri) dan Razali (kanan).
DILANTIK: Ramian menerima watikan pelantikan yang disampaika­n oleh Sairin. Turut kelihatan Azry (dua kanan), Ahmud (dua kiri), Rosdee (kiri) dan Razali (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia