Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk rayu kerajaan baiki jalan rosak

-

SANDAKAN: Peruntukan RM1 bilion untuk menaik taraf sekolah daif di negeri ini pada Bajet 2018 merupakan komitmen berterusan kerajaan pusat terhadap Sabah, kata Ketua Menterinya Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan bukan sahaja pelajar malah guru juga dapat mengikuti suasana pembelajar­an yang selesa.

“Kerajaan pusat mendengar permintaan kita dan menerusi Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n peruntukan besar untuk naik taraf sekolah daif di negeri ini,” katanya pada Majlis Konvokesye­n Kelas Dewasa Orang Asli dan Pedalaman (KEDAP) Jabatan Pendidikan Sabah di sini, semalam.

Seramai 324 pelajar dewasa dari 12 sekolah di negeri ini menerima sijil pada majlis itu.

Menurutnya kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) sentiasa peka dan sedar akan tanggungja­wab dalam aspek pendidikan rakyat di negara ini.

Sementara itu, Musa berkata pelaksanaa­n KEDAP merupakan langkah diambil kerajaan untuk memberi peluang golongan dewasa yang tidak berpeluang belajar untuk mendalami asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Katanya, ia sejajar dengan pelaksanaa­n pendidikan sepanjang hayat yang diterapkan oleh kerajaan untuk rakyat di negara ini tanpa mengira umur dan di mana mereka berada.

Menurutnya menerusi konsep ini, kerajaan juga menyediaka­n elaun kepada pelajar termasuk atas kehilangan pendapatan ketika mengikuti kelas. — Bernama RANAU: Ribuan penduduk dari 10 kampung yang menggunaka­n jalan raya ke Kampung Togop Darat di sini merayu kerajaan menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya membaiki kerosakan jalan menuju ke perkampung­an di DUN Kundasang itu.

Jurucakap penduduk mem- beritahu kerosakan itu disebabkan tanah runtuh yang berlaku sejak Jun lepas namun sehingga sekarang belum dibaiki.

“Kini kerosakan bertambah serius berikutan cuaca tidak menentu dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan tertentu. Keadaan jalan kini hampir putus dan tidak dapat dilalui kenderaan.

“Keadaan ini menyukar para petani menghantar hasil pertanian ke pekan Ranau,” katanya.

Menurutnya, kerosakan jalan itu kini dijadikan senjata politik pihak tertentu yang sengaja memperkeci­l-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia