Utusan Borneo (Sarawak)

Hasil k’jaan dijangka susut RM1.3b

Dalam Bajet 2018 cukai pendapatan individu dikurang 2.0 mata peratusan

-

KUALA LUMPUR: Penguranga­n 2.0 mata peratusan dalam kadar cukai pendapatan individu dalam Bajet 2018 yang dibentangk­an Jumaat lepas akan mengurangk­an kutipan hasil cukai kerajaan sebanyak RM1.3 bilion, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Bagaimanap­un beliau yakin ekonomi negara akan terus dirangsang menerusi perbelanja­an kerajaan yang dirancang.

“Kami ( kerajaan) yakin pertumbuha­n ekonomi negara dapat dikekalkan. Agensi penarafan, Tabung Kewangan Antarabang­sa serta Bank Dunia masih memberikan unjuran positif dari segi pertumbuha­n ekonomi untuk Malaysia dan juga global.

“Sebagai ekonomi terbuka, jika prospek global baik, maka ia baik untuk kita. Dan dari pertumbuha­n ekonomi kita, kita dijangka dapat mengutip cukai (pendapatan) yang lebih tinggi,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Seminar Cukai Kebangsaan 2017 yang dianjurkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini semalam.

Semasa membentang­kan Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n penguranga­n cukai pendapatan itu untuk kumpulan pembayar cukai dengan pendapatan bercukai antara RM20,000 dan RM70,000.

Dalam pada itu, berkenaan pemansuhan empat tol lebuh raya yang akan bermula 1 Jan, 2018, Johari berkata kerajaan akan membayar pampasan tahunan berjumlah kira-kira RM102 juta kepada PLUS Malaysia Bhd (PLUS) bagi tol Batu Tiga and Sungai Rasau di Selangor dan kira-kira RM8 juta bagi tol Bukit Kayu Hitam di Kedah.

Sementara bagi Lebuhraya Penyuraian Timur (Eastern Dispersal Link) ( EDL) di Johor yang dikendalik­an oleh Malaysian Resources Corporatio­n Bhd, pampasan dianggarka­n sebanyak RM70 juta setahun.

Ditanya sama ada kerajaan bercadang memansuhka­n lagi tol-tol sedia ada di negara ini, Johari berkata kerajaan perlu berhati-hati dalam membuat keputusan itu kerana harus mengambil kira kemampuan kerajaan.

“Kalau kita tengok PLUS hari ini, ia (PLUS) mempunyai liabiliti berjumlah hampir RM30 bilion melalui pembelian bon.

“Jadi kita tidak boleh sesuka hati mansuhkan semua tol yang ada kerana ia boleh menjejaska­n banyak perbelanja­an kerajaan termasuk pendidikan, kesihatan awam, dan banyak lagi. Kita perlu seimbang,” kata Johari.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau meminta supaya badan profession­al dan pengamal percukaian yang tidak jelas mengenai mana-mana undang- undang berkaitan percukaian agar berjumpa terus dengan pihak LHDN.

“Ini penting kerana sebagai penasihat kepada pelanganpe­langan mereka dari segi pengiraan dan pembayaran cukai, sebarang salah tafsir berhubung undang-undang percukaian boleh menyebabka­n pembayaran cukai yang tidak betul, sekali gus mengakibat­kan jumlah tunggakan atau lebihan yang tidak sepatutnya kepada syarikat-syarikat berkenaan,” katanya. — Bernama

 ??  ?? RAI: Ethan (tengah) bersama antara pengarah yang dinaikkan pangkat satu bintang pada majlis SSC Tupperware di Miri pada Ahad lalu.
RAI: Ethan (tengah) bersama antara pengarah yang dinaikkan pangkat satu bintang pada majlis SSC Tupperware di Miri pada Ahad lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia