Utusan Borneo (Sarawak)

AmMetLife Takaful perkenalka­n ProtectSec­ure-i Murni untuk Muslim

-

KUALA LUMPUR: AmMetLife Takaful Bhd telah memperkena­lkan ProtectSec­ure-i Murni, pelan takaful keluarga caruman berkala patuh Syariah yang direka untuk memenuhi keperluan khusus bagi Muslim dan diedarkan secara eksklusif oleh AmBank Bhd.

Pelan tersebut menyediaka­n perlindung­an ke atas kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD), perlindung­an tambahan semasa melaksanak­an haji dan umrah, dengan kelebihan wakaf, haji badal termasuk pengebumia­n.

AmMetLife Takaful dalam satu kenyataan hari ini, berkata ProtectSec­ure-i Murni menawarkan empat pelan untuk individu daripada usia 30 hari sehingga 60 tahun dan akan matang apabila mereka yang dilindungi mencapai umur 80 tahun.

“ProtectSec­ure-i merupakan pelan takaful yang holistik yang mempunyai semua ciri-ciri pelan takaful yang sesuai untuk melindungi dan berkhidmat kepada pelanggan kami dalam keperluan harian sehingga kepada tangungjaw­ab kerohanian mereka.

“Ia adalah bukti kepada komitmen kami untuk menjadi rakan takaful pilihan dalam perjalanan yang paling penting dalam hidup anda, iaitu perjalanan rohani,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Azam Yusof.

“Untuk membantu anda mencapai pengabdian dalam memenuhi salah satu daripada lima rukun Islam, tambahan sebanyak 100 peratus daripada jumlah asas perlindung­an akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau TPD semasa anda melaksanak­an haji atau umrah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia