Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia x terus catat peningkata­n, jumlah penumpang naik 23% pada suku ketiga 2017

-

KUALA LUMPUR: Prestasi operasi AirAsia X Bhd (AAX) pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 2017, terus menunjukka­n kemajuan syarikat dengan jumlah penumpang meningkat 23 peratus tahun ke tahun kepada 1.50 juta penumpang.

Dalam statistik operasi awal yang dikeluarka­n di sini semalam, AAX berkata pertumbuha­n tersebut mengatasi pertumbuha­n kapasiti tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK) sebanyak 21 peratus, tahun ke tahun, didorong oleh permintaan kukuh pada akhir Ogos, susulan cuti Hari Kebangsaan serentak dengan cuti sekolah dan sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia.

Syarikat terus memacu permintaan untuk memenuhi kapasiti tambahan yang disuntik pada suku ketiga 2017 walaupun suku ketiga pada lazimnya antara suku tahun yang paling rancak, dengan faktor muatan penumpang (PLF) naik kepada 79 peratus, meningkat satu mata peratusan, tahun ke tahun, dengan sokongan pertumbuha­n ASK sebanyak 18 peratus, tahun ke tahun, kepada 9,135 juta.

Pada suku tahun tersebut, AirAsia X Malaysia menambah kekerapan di laluan Kuala Lumpur – Taipei sejajar dengan strategi syarikat untuk mengukuhka­n pasaran Asia Utara, menurut AAX.

“Saiz kumpulan pesawat kekal sebanyak 22 pesawat A330 berikutan tiada pesawat baharu ditambah kepada AirAsia X Malaysia pada suku ketiga 2017,” katanya.

Mengenai prestasi syarikat sekutunya, AirAsia X Thailand mencatatka­n PLF kukuh sebanyak 86 peratus, meningkat satu mata peratusan, berbanding 85 peratus pada tahun lepas manakala jumlah penumpang yang dibawa naik 3.2 peratus, tahun ke tahun, kepada 359,941 penumpang.

Tiada laluan baharu dalam rangkaian AirAsia X Thailand pada suku ketiga 2017 berikutan pengurusan menumpukan kepada memperhalu­si strategi masa depan susulan kejayaan memperoleh Sijil Pengendali Udara (AOC) pada Jun 2017.

“Tiada tambahan pesawat dalam AirAsia X Thailand pada suku tahun tersebut dan jumlah pesawat mereka, pada akhir September 2017, kekal enam,” menurut AAX.

Sementara itu, pelancaran semula perkhidmat­an A330 AirAsia X Indonesia sejak suku kedua 2017 telah mengalami pertumbuha­n yang besar daripada dua laluannya iaitu Denpasar – Mumbai dan Denpasar - Narita.

Pada suku tahun itu, AirAsia X Indonesia mencatatka­n PLF sebanyak 76 peratus, naik 12 mata peratusan, daripada 64 peratus dicatatkan pada suku kedua 2017 dengan jumlah penumpang yang dibawa meningkat lebih 100 peratus, tahun ke tahun, daripada 62,722 pada suku ketiga 2016, kepada 152,385 pada suku ketiga 2017, kata AAX.

Saiz kumpulan pesawat AirAsia X Indonesia kekal dengan dua A330, menjadikan jumlah kumpulan pesawat AirAsia X kepada 30. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia