Utusan Borneo (Sarawak)

Prasarana lancar program SMILE, mantapkan kualiti perkhidmat­an

-

MIRI: Kejayaan pengedar produk Tupperware di zon utara Sarawak dirai pada majlis minum petang Star Success Celebratio­n ( SSC) di sebuah hotel ternama di sini Ahad lalu.

Ia dihadiri lebih 600 pengedar, ahli dan rakan dari Miri, Limbang, Brunei, Kuching dan Johor Bahru yang dianjur Tupperware Brand Malaysia Kuala Lumpur.

Pengarah Eksekutif Aura Karisma, Salmah Ismail memberitah­u, seramai 84 pengedar berjawatan pengarah menerima anugerah pada majlis ini.

Aura Karisma merupakan antara kumpulan pengedar utama produk Tupperware di sini.

Daripada jumlah penerima, seramai 45 pengarah dinaik pangkat satu bintang, tujuh dinaik pangkat tiga bintang dan dua dinaik pangkat lima bintang.

“Jumlah bintang berdasarka­n jumlah pengarah berjaya dinaik oleh pengedar. Satu bintang mewakili seorang pengarah,” jelasnya.

Beliau menambah, setiap mereka menerima hamper produk Tupperware dan sijil penghargaa­n disampaika­n Pengarah Pemasaran Jualan, Ethan Wong.

Salmah berkata, majlis diadakan dua kali dalam setahun iaitu pada setiap bulan Mac dan Oktober untuk mengiktira­f pengarah yang dinaikkan pangkat.

Ahli Mohd Shahdan @ Boy dijemput untuk mengendali­kan demonstras­i membuat kek sarang semut menggunaka­n periuk ‘ black series casarole’.

Hadir sama ialah Presidenti­al Director Tupperware Malaysia, Theresa Lo Sing. KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) semalam melancarka­n program Senyuman Mesra, Ikhlas, Layanan Efisien (SMILE) bagi memantapka­n kualiti perkhidmat­annya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata inisiatif secara berterusan itu adalah untuk memupuk budaya mesra dalam kalangan warga kerja Prasarana sendiri selain merapatkan hubungan dengan para pelanggan.

Beliau berkata usaha itu dapat menaikkan imej syarikat dan menarik lebih ramai pengguna perkhidmat­an kendalian Prasarana, sejajar usaha meningkatk­an penggunaan pengangkut­an awam kepada nisbah 40:60 berbanding penggunaan kenderaan sendiri pada 2030.

“Sebagai permulaan, program ini menyasarka­n tiga kumpulan utama iaitu Rapid Rail, Bas Rapid dan pasukan Polis Bantuan Prasarana.

“Akademi Rel Rapid Rail dan Akademi Bas Rapid Bus menjadi tenaga utama dalam menyediaka­n latihan kepada staf dan kakitangan Prasarana yang kini melebihi 10,000 orang,” katanya pada sidang media selepas pelancaran program itu di sini.

Azmi berkata pendekatan senyuman itu diharapkan dapat mewujudkan suasana persekitar­an yang ceria dan mengajak orang ramai mengamalka­n budaya sopan santun.

Prasarana mengendali­kan perkhidmat­an bas RapidKL, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel di ibu negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LENCANA: Kakitangan Prasarana menunjukka­n lencana program ‘SMILE’ pada pelancaran program tersebut di LRT Putra Height, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama LENCANA: Kakitangan Prasarana menunjukka­n lencana program ‘SMILE’ pada pelancaran program tersebut di LRT Putra Height, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia