Utusan Borneo (Sarawak)

Pembayaran dividen tinggi beri kesan berganda untuk manfaat negara

-

KUALA LUMPUR: Pembayaran dividen oleh syarikat bermodal besar seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB), lebih daripada sekadar memberi ganjaran kepada pemegang saham dan pendeposit atau pemegang unit amanah institusi dengan pemegangan ekuiti dalam entiti tersenarai itu.

Ia mempunyai kesan berganda yang memberi manfaat kepada negara secara keseluruha­nnya.

TNB, yang disenaraik­an di Bursa Malaysia pada 1990, mula membayar dividen pertamanya pada 1994. Sejak itu, syarikat telah memberi ganjaran kepada para pemegang sahamnya dengan pulangan tunai secara tetap melalui perisytiha­ran dividen interim dan akhir setiap tahun kewangan.

Pada Khamis lepas, syarikat itu mengumumka­n pembayaran dividen sebanyak RM3.5 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2017.

Langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini, telah memacu sentimen bagi saham TNB sehari selepas pengumuman itu, melonjakka­nnya ke paras tertinggi pada RM15.46 sesaham.

Syarikat- syarikat saham mewah di Malaysia jarang mengisytih­arkan pembayaran dividen yang tinggi, menjadikan pasaran teruja, me- nolak naik saham TNB sehinggala­h muncul kegiatan pengambila­n untung pada Jumaat lepas.

Apabila saham permodalan yang besar mengisytih­arkan dividen yang tinggi, ia memberi isyarat aliran tunai yang baik dan oleh itu, kekuatan kewangan dapat meningkatk­an pembayaran dividen secara berterusan dari tahun ke tahun.

“Kami akan terus memaksimum­kan nilai para pemegang saham melalui pembayaran dividen yang konsisten dan berkekalan,” itulah komitmen yang dibuat oleh Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie.

Mengikut Seksyen 131 dan 132 Akta Syarikat 2016, syarikat hanya boleh membuat pengagihan dividen kepada para pemegang saham daripada keuntungan yang ada, sekiranya ia mampu bayar.

Syarikat juga perlu mampu bayar sejurus selepas pengagihan dividen dibuat. Oleh itu, TNB perlu lulus ujian kesolvenan untuk mampu membayar dividen.

Keupayaan TNB untuk membayar dividen tinggi akan memberi kesan positif kepada pemegang saham runcit dan pelabur institusi tempatan utama.

Untuk rekod, pada Ogos 2017, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai 11.70 peratus kepent- ingan ekuiti dalam TNB, Permodalan Nasional Bhd (11.08 peratus), Kumpulan Wang Persaraan ( 5.49 peratus), Tabung Haji (1.83 peratus) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (0.15 peratus).

Berdasarka­n rekod awam, sehingga Disember 2016, KWSP mempunyai 14.81 juta anggota, di mana 6.88 juta merupakan anggota aktif.

PNB pula mempunyai 12.8 juta pemegang akaun setakat Ogos 2016 manakala pendeposit Tabung Haji berjumlah 9.1 juta pada akhir tahun lepas.

Institusi-institusi ini, serta dana unit amanah lain, yang membawa TNB dalam portfolio mereka, meraih manfaat apabila TNB mengisytih­arkan dividen yang tinggi.

Sudah tentu, orang ramai pada umumnya, kerana pemegang akaun institusii­nstitusi ini berada dalam kedudukan yang baik untuk mendapatka­n keuntungan yang lebih tinggi yang akan diperoleh oleh dana ini.

Dengan kecairan yang lebih baik, institusi-institusi ini dapat mempertimb­angkan pembayaran dividen dan bonus yang lebih tinggi untuk pemegang akaun atau pendeposit mereka.

Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah salah satu sumber pendapatan kerajaan ialah pelaburann­ya dalam syarikat- syarikat berkaitan kerajaan.

Melalui Khazanah, yang memegang 28.2 peratus ekuiti TNB, kerajaan berpeluang memperoleh sejumlah besar hasil yang seterusnya akan disuntik kembali ke dalam ekonomi.

Eko sistem ini akan memacu perbelanja­an swasta dan merangsang ekonomi tempatan, sama seperti sasaran cadangan Bajet 2018.

Kesan dividen yang tinggi akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk mencapai pertumbuha­n ekonomi yang kukuh dan kekayaan yang diagihkan sama rata kepada rakyat Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia