Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberi kredit dilarang kenakan faedah lebih 15%

Membantu rakyat yang kurang mampu memiliki barangan

-

KUALA LUMPUR: Kadar faedah tetap maksimum 15 peratus setahun bagi syarikat pemberi kemudahan kredit akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2018, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata langkah itu susulan penggubala­n Peraturan-Peraturan Perlindung­an Pengguna ( Jualan Kredit) 2017 yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada April lalu bagi menangani masalah pengenaan kadar faedah yang tinggi dalam transaksi jualan kredit.

“Pemberi kemudahan kredit tidak lagi boleh mengenakan kadar faedah lebih 15 peratus setahun. Penurunan kadar faedah ini diharap akan membantu rakyat terutama yang kurang berkemampu­an untuk memiliki barangan untuk kegunaan diri sendiri, keluarga dan isi rumah,” katanya.

Hamzah berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan­Pertanyaan Menteri di persidanga­n Dewan Rakyat semalam sebagai menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) mengenai perkara itu.

Katanya, berdasarka­n beberapa sesi konsultasi yang diadakan bersama industri sebe- lum ini, didapati kadar faedah dikenakan boleh mencecah 35 peratus setahun.

Hamzah berkata pemberi kemudahan kredit yang melanggar peruntukan perundanga­n baharu itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 bagi pertubuhan perbadanan, sementara maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, bagi bukan suatu pertubuhan perbadanan.

“Dalam masa sama, KPDNKK akan melaksanak­an program advokasi kepada industri dan masyarakat pengguna bagi meningkatk­an pemahaman mengenai hak dan obligasi mereka sebelum, semasa dan selepas memasuki suatu perjanjian transaksi jualan kredit,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Hasbullah mengenai syarikat pemberi kemudahan kredit yang mengenakan caj bayaran lewat pada kadar berbeza, Hamzah berkata ia akan diseragamk­an kepada hanya lima peratus setahun mengikut Peraturan- Peraturan Perlindung­an Pengguna (Jualan Kredit) 2017.

“Kadar caj bayaran lewat sebelum ini begitu keliru kerana masing-masing mempunyai cara dan juga peratusan yang dikenakan agak tinggi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia