Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif kerajaan akan rangsang kemampanan kewangan: RAM Ratings

-

KUALA LUMPUR: RAM Ratings menjangkak­an Kerajaan Malaysia akan mengadakan inisiatif untuk terus menggalakk­an pembanguna­n kewangan yang mampan.

Dalam satu kenyataan kelmarin, agensi penarafan yang menjuruska­n kepakarann­ya kepada entiti dalam dan luar negera termasuk syarikat korporat, syarikat berkaitan kerajaan, bank, syarikat insurans, syarikat projek kewangam dan kedaulatan, seterusnya, mem- beritahu kewangan hijau dan kelestaria­n semakin mendapat tarikan di seluruh dunia.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Promod Dass berkata kejayaan Malaysia dalam kewangan yang mampan telah digalakkan oleh pengawal selia yang menerajui kewangan beretika, hijau dan Islam, ini membawa kepada pembanguna­n pasaran.

“Usaha-usaha Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia sejak 2014, telah meletakkan asas yang kukuh kepada pelaburan dan kewangan yang mampan,” katanya.

RAM berkata inisiatif dalam kewangan Malaysia membabitka­n Rangka Kerja Sukuk Pelaburan Mapan dan Bertanggun­gjawab SC termasuk penubuhan Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia dalam 2014.

Keperluan untuk menggabung­kan pendedahan yang berkaitan dengan kemampanan dalam laporan tahunan di bawah Keperluan Penyenarai­an Bursa Malaysia dan Bab 6: Mengejar Pertumbuha­n Hijau bagi Kemampanan dan Ketahanan ke dalam Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020), telah memberikan lonjakan kepada momentum tersebut.

Sementara itu, RAM berkata, BNM juga telah menyatakan strategi untuk mengukuhka­n peranan dan kesan institusi perbankan Islam ke atas ekosis- tem kewangan yang mampan, melalui Kertas Strategi mengenai Perantaraa­n berasaskan Nilai yang diterbitka­n dalam tahun ini.

“Forum Pasaran Modal ASEAN, yang turut disertai SC, sedang bekerjasam­a dengan Persatuan Pasaran Modal Antarabang­sa untuk memperkena­lkan Standard Bon Hijau ASEAN.

“Usaha ini akan membolehka­n pasaran modal ASEAN memanfaatk­an kewangan hijau untuk menyokong pertumbuha­n serantau dan memenuhi kepentinga­n pelabur dalam pelaburan hijau,” katanya.

Menurut agensi itu lagi, usaha tersebut telah mendorong inovasi pasaran dan pencapaian, seperti sukuk yang ditarafkan RAM, iaitu Sukuk Ihsan Khazanah Nasional Bhd - sukuk SRI pertama di dunia dalam 2015 dan sukuk terbitan Tadau Energy Sdn Bhd baru-baru ini yang merupakan sukuk SRI hijau yang pertama di wujudkan.

RAM percaya bahawa kewangan yang mampan di Malaysia akan dapat dipertingk­atkan lagi dengan pengecuali­an cukai pendapatan untuk penerima geran khas Sukuk SRI Hijau, serta pengembang­an yuran pengurusan kepada pengurus dana SRI konvension­al yang diluluskan dari tahun penilaian 2018 sehingga 2020, seperti yang diumumkan di bawah Bajet 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia