Utusan Borneo (Sarawak)

Fokus kepada reformasi untuk mampankan ekonomi: Pakar

-

SUBANG JAYA: Malaysia mempunyai peluang dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang bagi melaksana reformasi yang boleh memampanka­n ekonomi sebelum pemulihan ekonomi global, kata beberapa ahli ekonomi.

Profesor Ekonomi Fakulti Perniagaan Universiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng berkata, prospek ekonomi negara dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang kelihatan positif.

“Kita telah melihat peningkata­n dalam eksport yang telah melepasi pertumbuha­n tranche. Ini adalah peluang untuk meneroka pemulihan ekonomi kitaran bagi melak- sana reformasi struktur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada seminar ekonomi ‘Program Reformasi Untuk Pembanguna­n Mampan Dinamik’ Selasa.

Seminar berkenaan dianjurkan Universiti Sunway dan Persatuan Ekonomi Malaysia.

Mengenai Bajet 2018, Yeah berkata, berikutan ekonomi yang semain baik, pelbagai inisiatif reformasi struktur perlu diperkukuh, terutama dalam meningkatk­an paras pendapatan dan gaji.

“Kita melihat susulan positif ke atas inisiatif seperti Revolusi Perindustr­ian Keempat dan ekonomi digital dan bajet itu turut memasukkan kajian pertengaha­n penggal Rancangan Malaysia Ke-11.

“Inisiatif terbabit perlu diperkukuh dalam jangka panjang di samping menangani secara konsisten beberapa kelemahann­ya,” kata Yeah.

Kerajaan juga perlu mengukuhka­n keyakinan sektor swasta, terutama dalam kalangan pelabur asing, mengenai keupayaann­ya menangani kebimbanga­n rakyat dan pada masa sama berupaya memenuhi sasaran defisit fiskal, katanya.

“Kita perlu merubah ekono- mi daripada berasaskan penggunaan kepada lebih berasaskan pelaburan dan kerajaan perlu menimbang semula beberapa dasar perbelanja­an agar lebih mampan dalam jangka panjang,” katanya.

Menurutnya, walaupun rakyat menyambut baik Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), jumlah penerima perlu dikurangka­n dengan meningkatk­an paras pendapatan dan menyediaka­n lebih banyak kerja.

Sementara itu, pakar ekonomi terkemuka, Tan Sri Kamal Salih berkata, kerajaan perlu mempertimb­ang semula strateginy­a menangani keterangku- man ekonomi, ketidaksam­aan dan perbezaan pendapatan.

Ketika ini, katanya, masih wujud jurang pendapatan yang meluas antara kumpulan berpendapa­tan 10 peratus paling kaya dan 40 peratus terbawah.

Semasa perbincang­an panel sebelum itu, Kamal berkata, penerusan pengagihan tunai seperti BR1M serta langkah lain berkaitan subsidi bukan cara tepat untuk menggalak keterangku­man dan menangani ketidaksam­aan ekonomi.

“Bantuan tunai tahunan BR1M mempunyai kesan kecil sebanyak 0.04 peratus daripada pengagihan pendapatan negara berbanding pengenalan gaji minimum, yang akan mempunyai kesan penting pada empat peratus,” kata Kamal.

Penerusan program BR1M adalah tidak mampan dari segi ekonomi kerana ia disokong kutipan cukai barang dan perkhidmat­an bagi menangani sebarang potensi defisit, katanya.

Menurutnya, pendekatan lebih baik bagi menghapusk­an ketidaksam­aan ialah menambah baik pengagihan pendapatan dalam kalangan rakyat, tanpa mengira dimensi dan parameter yang digunakan, seperti kaum dan jantina. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia